Selamat Menjawab Soalan bagi Calon PMR 2013

Assalamualaikum

Khas untuk pelajar-pelajar atau blogger yang sedang meghadapi Peperiksaan PMR 2013.
Moga tenang menjawab kertas soalan tu ye..

google source
google source

Tip Sehari sebelum Peperiksaan
1. Cuti dari belajar.
Banyak penyelidikan telah menunjukkan bahawa apapun yang anda belajar sehari sebelum hari peperiksaan mungkin lansung tidak akan membantu anda. Mengapa hal sebegini terjadi? Kerana maklumat terkini yang anda belajar, masih bermain-main di memori jangka pendek anda dan akan mengganggu anda untuk mengingati maklumat yang anda belajar semalam,minggu lepas,serta bulan-bulan yang lepas.
2. Lakukan sesuatu yang menenangkan fikiran atau minda anda.
Ajaklah teman anda untuk membuat sesuatu aktiviti yang dapat merehatkan minda. Aktiviti lasak yang berisiko tinggi amat tidak digalakkan. Ini kerana,jika ada sesuatu yang buruk menimpa diri anda,sudah tentu lah akan menggangu proses anda untuk menjawab peperiksaan. Anda digalakkan untuk melakukan aktiviti seperti melukis,melihat gambar-gambar keluarga serta rakan,mendengar muzik yang berharmoni,serta bermain alat muzik yang anda gemari.
3.Hati-hati dengan pengambilan kafein.
Anda tidak perlu mengambil apa sebarang minuman yang mengandungi kafein semata-mata untuk berjaga sehingga lewat malam atas tujuan untuk membuat ulangkaji pelajaran.Ini adalah suatu tindakan yang akan memakan diri anda sendiri. Cuba bayangkan apabila jika anda tidak dapat tidur semalaman, sudah pasti pada hari tersebut anda akan mengalami pelbagai masalah seperti mengantuk,sukar untuk berfikir secara rasional,gugup serta berbagai-bagai lagi.
4. Sediakan segala persiapan seperti pakaian dan alat tulis.
Persiapan awal adalah amat penting bagi memastikan tidak terjadi kelam kabut di pagi hari. Pastikan pakaian telah digosok kemas. Personaliti yang kemas dapat membangkitkan semangat untuk lebih berani dan berkeyakinan semasa menjawab peperiksaan.Alat tulis adalah umpama senjata di medang perang. Anda perlu menyediakan alat tulis yang lengkap kerana sebarang peminjaman semasa peperiksaan adalah dilarang sama sekali.
5. Berdoa dan minta restu Ibu dan Ayah.
Setiap agama mempunyai amalan yang tersendiri. Kepada para penganut agama Islam anda diharuskan untuk berdoa serta membaca ayat suci Al-Quran. Anda juga boleh melakukan solat hajat dan solat istiharah bagi dimudahkan semasa menjawab soalan peperiksaan. Anda juga hendaklah mendapatkan restu dari ibu dan ayah. Restu ibu dan ayah amat penting bagi menghasilkan keputusan yang cemerlang.

sumber :sini

44 Comments



  1. dulu masa PMR kuat main.. kan best kalau bleh putar balik masa..
    huhuhuhu.. dulu xde byk tipss...

    untung bebudak skang..

    ReplyDelete
  2. saya dah klik iklan nuffnang kat sini nanti klik balik kat blog saya ye

    ReplyDelete
  3. selamat menduduki peperiksaan PMR kepada adik2...all the best buat mereka...

    ReplyDelete
  4. Kakak rasalah Eda... bukan anak-anak yg exam aje berdebar tapi cikgu-cikgu dan ibu-bapa turut sama merasa debarannya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak...sy pun nervous jugak nie..hehehe

      Delete
  5. anak saudara aiza juga PMR tahun ni.. kita doakan semoga semua calon berjaya menjawab dengan baik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyallah..harap dia boleh menjawab peperiksaan dengan betul kan aiza,,

      Delete
  6. Salam perkenalan..

    Sengih sorang2 depan pc nih sbb baca cartoon tu miahahaha....

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal..jangan smpi orang nampak awk senyum sorang2 occay..

      Delete
  7. rasa mcm nak repeat jer PMR..
    hehe..
    gudluck pada semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh repeat lagi tak shark..akak pun nak jugak..

      Delete
  8. Sya pun nk mik pmr blik la..aritu xnk blajar pepndai..huhu..klu x skrg da jd bos da ni..hehe

    ReplyDelete
  9. semoga jawab soalan dengan tenang..dan gud luck

    ReplyDelete
  10. Adik bongsu farah salah sorangnya.. Harap dia dapat menjawab dengan baik..doakan naa.. =D

    ReplyDelete
  11. haihhh teringat kenangan zaman amik PMR dulu, habis sumer alat tulis beli baru hehehe. Apapun selamat menjawab exam pada adik2 PMR. Nice sharing sis :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu sebenarnya nak bagi semangat masa ambil exam kenit..

      Delete
  12. anak sedara kathy pun PMR tahun ni...

    ReplyDelete
  13. tak lama lagi raya haji kan sis?

    ReplyDelete
  14. terima kasih kak dengan doanya, anak mama 8hb 10 ni exam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. la,,yeke,,dah besar anak mama ye...good luck untuk dia..

      Delete
  15. adik nory amik pmr tahun ni...nory plak yg nervous..huhuh

    ReplyDelete
  16. 3 orang anak buah pmr tahun ni , terakhir utk tahun ni kan, next year takde dah PMR

    ReplyDelete
  17. semoga 3 anak buah saya dapat lalui dengan sukses ...

    ReplyDelete
  18. semoga semua hadapi PMR dgn semangat n tenang!

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum kak ida. anak buah sheila pun amik pmr tahun ni. nervousnya. tapi terasa cam nak repeat balik zaman sekolah ni. hehehe

    ReplyDelete
  20. tq tips yag bagus ni, yg penting doakan anak2 kita !

    ReplyDelete
  21. betul la kan kak
    tips yg harus dipraktikkan ni
    trigat zaman pmr
    yumida isi tabung Nuffnang sini...selamat menabung :)

    ReplyDelete
  22. Moga peserta PMR yang terakhir tahun ini dapat menjawab dengan mudah dan lebih cemerlang keputusannya.

    ReplyDelete
  23. semoga berjaya yang amik PMR :) jom kita doakan mereka

    ReplyDelete
  24. tahun ni cousin sally je yg amik PMR :)

    ReplyDelete
  25. Semoga berjaya buat mereka =) terasa juga blog ni sepi dr adik2 pmr dan spm

    ReplyDelete
  26. gudluck kat semua adik-adik yg ambik periksa kan, semoga mereka jadi orang yang berguna...

    ReplyDelete

Post a Comment