Pendarahan ringan atau pendarahan faraj Semasa Hamil

Assalamualaikum

Kejadian malam tadi memang menakutkan aku... Sape yang tak risau bila tetiba pendarahan berlaku,,
Kalau boleh malam tu jugak nak pi klinik..Tapi positifkan diri supaya tidak terlalu panik.

Risau juga bila terdengar cerita tentang keguguran di trimester pertama.Yelah...bukan masa yang sedikit untuk aku tunggu berita yang menggembirakan ini.. Masa Disahkan hamil 6 minggu,Allah je yang tau perasaan aku dan en.Husband,..Sudah lebih 2 tahun kitorang tunggu,tapi belum juga rezeki berpihak pada kami..
Tapi bila dah dapat berita macam tu,Siapa yang tak gembira kan.. Sebab tu bila berlaku perkara perkara macam tu membuatkan hati nie tak senang...
Pepagi datang office cari info pasal nie...Dan aku rasa sedikit lega.
Nie aku share jugak info yang aku dah baca

Apa itu pendarahan ringan dan adakah ia normal?

Spotting ialah pendarahan ringan dari faraj. Ia serupa dengan haid, tetapi ringan sedikit. Warna darahnya pula berbeza, dari merah hingga ke coklat. 

Adalah normal bagi anda merasa bimbang jika ternampak ada pendarahan berlaku. Sebenarnya, pendarahan yang berlaku dalam minggu-minggu awal kehamilan biasa berlaku. Satu perempat daripada wanita hamil mengalami pendarahan dalam trimester pertama.

Anda lebih berkemungkinan untuk mengalami pendarahan ringan jika anda telah menjalani IVF atau rawatan lain yang serupa untuk membantu anda hamil. Ini mungkin disebabkan oleh cara bagaimana bayi anda disenyawakan. Dua embrio mungkin diletakkan ke dalam uterus (rahim) dan kedua-duanya mungkin lekat, tetapi salah satu daripadanya tidak kekal. Ini dipanggil kembar yang hilang, dan ia boleh menyebabkan pendarahan.

Dalam kebanyakan kehamilan, pendarahan ringan tidak mendatangkan masalah dan dianggap sebagai "salah satu perkara biasa sahaja". Walau bagaimanapun, ia juga boleh menjadi tanda bagi keadaan yang lebih serius seperti keguguran. Sebab itulah lebih baik bagi anda mengambil serius terhadap sebarang pendarahan semasa kehamilan dan mendapatkan pemeriksaan doktor. 


Sumber :sini

Tak sabar nak tunggu appointment dengan doktor pertengahan bulan nie...harap harap baby dalam keadaan yang sihat.Insyallah..Doakan ye...

17 Comments



  1. masih awal tu... kena bedrest juga... moga baik-baik saja...

    ReplyDelete
  2. uhhuuu mugo2 semuanyer selamat yee cik kak tuuu.,

    ReplyDelete
  3. akak, jaga diri baik2. hati-hati.. semoga dipermudahkan segalanya..

    ReplyDelete
  4. akak doakan semoga semuanya sihat2 ibu & baby..

    ReplyDelete
  5. jaga kesihatan kak, selalu refer dengan doc, semoga keadaan akk baik2 je ya...rest banyak2...jangan buat kerja berat :)

    ReplyDelete
  6. semoga akak n baby sihat :) jangan lupa banyak berehat ye kak

    ReplyDelete
  7. kak jaga diri baik-baik.. semoga semua urusan berjalan lancar dan dipermudahkan oleh Allah..

    ReplyDelete
  8. Hati2 dear.awal2 prgnnt jgn buat kkje kuat sgt ;)

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum kak, Allahuakbar! taniah akak dan suami. cahaya mata yang ditunggukan selama ni. yeayyy anak kita lahir tahun ni. yahoooo boleh laga2 perut kita. hihi akak, sheila pun ada pendarahan sikit. terus cuak dan pergi klinik buat scan. alhamdullilah dah ada heart beat, terus doc bagi ubat kuatkan rahim. lepas seminggu terus takda darah. syukur Ya Allah, skrg baby dah mula gerak2. akak sila jaga kesihatan baik2 ye. i missed you, heeee :)

    ReplyDelete
  10. Jaga kesihatan aida dgn baby eh :)

    ReplyDelete
  11. kak, jaga diri kak, jangan lasak.... jangan stress, ok kak!!.. bykkan rehat tau..

    ReplyDelete
  12. jaga kandungan elok2 ye..& jaga diri .in sha Allah semuanya baik2 je..

    ReplyDelete
  13. take care....dah lama tak pregnant....hihi

    ReplyDelete
  14. Take care kak harap harap semuanya baik baik je

    ReplyDelete

Post a Comment