Pisang Goreng Cheese Menjadi Peneman

Assalamualaikum

Wah...banyak up entry hari ni..ada orang baca ke..Tak kisahlah orang nak baca ke tak nak..Tapi dah namanya Dairy..Kenalah tulis apa jua perkara dan peristiwa kan..

Dulu dulu aku terkenang Dairy yang cantik molek...La nie dah keman Dairy tu..Kena curi kot!! oh tidak..

Laa nie zaman canggih manggih..Tak payah nak dairy bagai..Walaupun guna jari jugak..Cuma sekarang dah tekan tekan je..

Oh nak citer nie..Selalunya memang hari jumaat aku and sorang budak Telinga Bulat tu memang rajin keluar habiskan duit..hehehe,,Kekdahnya sebab  hari jumaat orang lelaki ramai keluar..Takdepun lebih rehat..Rehat macam biasa je.
Walaupun bukan hari jumaat pun kalau dah pepagi buta dok gtalk pasal lapar dan makanan..Atau tetiba rasa keinginan meluap luap.Confirm tenghari keluar.

Dan tak sah juga bila keluar dan balik tak bawak buah tangan..Hahah..bukan orang sakit je ada buah tangan..Kitorang pun ada jugak.Buah tangan tak semestinya buah..Of courselah benda yang boleh di makan untuk rehat petang ataupun time buat kerja ni..Contohnya sekarang nie..Aku menaip sambil ditemani dengan Goreng Pisang Cheese...macam manalah badan tak makin tembam..perut tak makin kedepan..kalau duduk depan pc pun boleh mengunyah..Chissss la cheese tu..heheh..jangan ikut ayat jahat nie


nah...bukan main cantik lagikan warna dia..Tu harga dia Rm3 je..Selalunya satu set dia jual Rm5..Tapi banyak sangat nak di makan..So mintak Rm3 je..(abaikan meja yang bersepah)
Apa yang diletakkan diatas goreng pisang tu?? of courselah cheese yang berlambak tu dan juga choclate rice beserta taburan milo..kot..hehehe...
rasanya pastilah sedap.Semakin banyak cheese diatas goreng pisang tu,semakin sedaplah ia..Semakin aku mendapat endapan penyakit..Dalam seminggu nie dah 3 kali aku makan makanan yang bercheese..Mybe sbb aku memang suka sangat dengan cheese kot..Belum lagi cerita Cheesecake meleleh..memang meleleh la air liur aku nie.
Oh gila dah ni..So tempat korang dah glamour lom dengan pisang Cheese nie.atau tempat aku ni dah ketinggalan zaman..

26 Comments



  1. tingat last month g penang makan pisang chocolate cheese ... ermmm memang ada ump!

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum ....mmg sedapnya teringin pula nak cari ni...:)

    ReplyDelete
  3. tak pernah jumpa lagi..baru je jumpa ni...cam sedap jer...huhuhu

    ReplyDelete
  4. samela..saya pun hantu cheese jugak.. hihi. tak pernah rasa pulak pisang goreng dengan cheese..kena cari nih..

    ReplyDelete
  5. Ala sedap ya pisang bercheese ni. Benda ada keju mmg sedap. Tadi makan makaroni hangus pun rasa sedap sebab ada banyak cheese...

    ReplyDelete
  6. tak elok tau mkn benda ni.. klu ajak zam makan, baru elok.. hehe

    ReplyDelete
  7. telan air liur je la kite ni.. haha nampak sedap je goreng pisang cheese.. kat tempat kite tak de pulak..

    ReplyDelete
  8. Wow.. mmg best ni.. baru juga perasan blog dah semakin cantik.. :)

    ReplyDelete
  9. hahaha seems like a weird combination, but worth to try xD

    ReplyDelete
  10. Kat Perlis belum terjumpa goreng pisang cheese, kopok leko cheese je pernah jumpa. Kalau ada memang zumal nak g serbu sebab zumal peminat cheese. Malam td pun baru lepas nikmati cheezy wedges... Ohh sedapnya cheese

    ReplyDelete
  11. Perkataan cheese tu mengiurkan...

    ReplyDelete
  12. emm sedapnya nmpk pisah chess nie sis..ehh blog suda betukar baju baru la

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum kak ida, walaupun glamour tapi sheila pun belum pernah rasa tau.. huwaaa sodapnya... nak try carilah. hehehee

    ReplyDelete
  14. wah.. sedapnya.. terliur pula melihatnya.. aiza tak breakfast lagi ni.. hehe..

    ReplyDelete
  15. kakkk lama dah teringin nak makan ni sampai ke hari ni blom dapat try pon..nak beli tak tau la kat mana ada jual kat sini..nampak gayanya nak kena try buat jugak la..

    ReplyDelete
  16. sedapnya..minggu lepas baru makan..:)

    ReplyDelete
  17. first time ni tengok pisang goreng cheese..mesti sedap..harus cari..hee

    ReplyDelete
  18. first time tengok pisang goreng cheese
    nampak sedap
    nk kena cari ni..hehe..udah terliur


    : Khasiat Soya untuk Ibu Hamil

    ReplyDelete
  19. sedapnya..fiza tak pernah try lagi pisang goreng cheese kak..kat sini tak berapa ada jual pun..sobs sobs

    ReplyDelete
  20. Macam menarik je, tak pernah rasa lagi ni.

    ReplyDelete
  21. resepi baru ke? macam sedap jer....

    ReplyDelete
  22. mmg dah glamor banana cheese nie kak.. tp fiza tak pernah rasa lagi..tgk pun dah sedap.. nyum2..

    ReplyDelete

Post a Comment