Tak Seperti Yang Di sangka

Assalamualaikum

Meh sini aku cerita sikit kat korang tentang apa yang aku beli kat bazar dan hasil dari pembelian itu..
Semuanya gara-gara terliur kat blog zaza tuari.Boleh baca entry zaza kat sini



.Teringin la kononnya nak cari benda tu kat bazar..Benda apa tu...Ni lah  benda nya .Kuih koci idaman kalbu..Memang dah terasa kat tekak nie nak makan.Dalam kepala otak nie,dah terfikir nak cari yang sedap-sedap..Nasib baiklah tak boleh nak try satu..Kalau tak takdelah dapat yang hampeh macam nie.Nasib baiklah beli singgit je..Tu pun last-last humban dalam tong sampah.


Kuih koci yang aku beli tu,beginilah hasilnya.Dengan lembik berair,inti kelapa tak berasa dan keras semacam je..Buatkan selera aku terbantut..Bukan nak pakat terliur kan korang..Ni entry sakit hati aku yang entah ke berapa kali agaknya.Korang mesti cakap,nak puas hati buat sendiri..Kalau ler aku nie ada masa dan pandai buat semua nie,takde lah aku terkial-kial berjalan kat bazar petang-petang nie.Bagi aku,biarlah apa yang dijual tu berdasarkan kepada kebersihan dan kepuashatian,Bukan sekadar nak mengaut keuntungan semata-mata...
Macam manalah si Azwan ali tak membebel pasal berniaga sampah..Yelah kekadang tu betul cakap dia.Kita bukan dapat makanan tu percuma,berbayar apa.so bila berbayar,kenalah puas hati..

Jadi aku mohoh kepada peniaga-peniaga kat bazar tu,jangan lah tangkap muat je untuk berniaga..Ikhlaskan diri dalam berniaga.Nak untung biarlah dengan cara yang betul.kalau dah 10 orang yang memaki hamun peniaga seperti ni,tak kemana mereka ni kat Dunia nie.

So please be aware...Takkanlah hanya kerana barang semua naik,quality makanan semakin menurun...Fikir-fikirkanlah..



31 Comments



  1. Ish...memang tak patut org yg jual tu...nie mesti first time buat dan first time berniaga kat bazar ramadhan

    ReplyDelete
  2. betul tu, ramai peniaga lebih mementingkan keuntungan, dorang tak sedar ker dorang berniaga pada bulan berpuasa, kalau orang menyumpah tak ke sia2 puasa tu? CN pernah terkena gak, sbb tu kalau nk beli kuih, cari gerai yang kita dah biasa dengan peniaga nya..alahai peniaga ....

    ReplyDelete
  3. sesetengaah peniage skarang tak fikir soal pelanggan, yg diorang tau diorang untung. tak pedulipun klau planggan kene keracunan skalipun. bile kene attack barulah sibuk buat baik nak prtahankan diri. tp kat kampung sya semua ok. slalu jd gini kat bandar laa kan.

    barang naik koslah yg patut naik. bukan kualiti yg merundum.

    ReplyDelete
  4. Berhati-hati dengan sesetengah peniaga, ada yang menjual balik makanan mereka yang tak habis semalam atau hari sebelumnya. Yang teruk jika makanan itu berasaskan santan... boleh sakit perut jika termakan masakan berasas santan yang dah lama tersimpan dan tak terjaga. Pengalaman sebagai peniaga bulan Ramadhan selama 20 tahun ^_^

    ReplyDelete
  5. Ishh agak2 la kalau nak meniaga tu kan

    ReplyDelete
  6. betul tu..setengah peniaga utamakan keuntungan semata..mentang2 lah bulan puasa orang terliur nak makan macam2..hentam je buatnya..
    berniaga biarlah ikhlas..in sha Allah rezeki diberkati dan murah selalu..peniaga yang ikhlas pasti orang akan lebih suka dan rezeki tidak putus2..

    ReplyDelete
  7. sy bru buat kuih koci inti kacang hijau sabtu lepas...hehe....buat sendiri lagi sedap sis....:-)

    ReplyDelete
  8. sng sgt2 buatnye benda ni..tepung pulut je bhn dia...kalo nk bg sdp ckit cmpur labu kuning tu...pastu kalo nk bg berwarna ltk la sirap setitik dua..pastu uli dgn air..air ni ltk ckit2... lepas tu dh siap uli, amik ckit2 ltk inti nye...bulatkan celup dgn minyak masak, baru balut dlm daun pisang lepas tu ltk dlm pengukus hehehe.siapppppppppp

    ReplyDelete
  9. Patutnye kuih tu reject. Takleh jual. Ana pun suke gak kuih koci. Tapi kalau jadi centu kat ana. Ana akan datang bazar lagi esok hari, tunjuk je. Mujur bazar ngan rumah ana dekat. Jalan berapa langkah je.

    ReplyDelete
  10. makin teruk pulak quality makanan peniaga bazaar sekarang ni..alahaii.kalau nak untung camni janganlah buat pembeli camni..bulan puasa pulak tu kan.

    ReplyDelete
  11. akakkkkkkkk siannya akak.. adoii rasa bersalah pulak saya bila akak tgk gambar kuih koci saya haritu.. siap ada link lagi kat entry ni..
    akak kalau nak nanti saya tempah kat kakak ipar saya then nanti saya bagi dekat akak.. tp kalau akak duduk jauh susah lah Zaza nak hantar.. huhu

    Giler babi betul lah diorang ni.. kenapa lah jual makanan serupa sampah!! kalau ikutkan hati saya (kalau terkena kat saya) saya pergi tunjuk balik kuih koci tu kat depan muka dia.. suruh dia makan!! phuihhhh teruk betul lah org meniaga skrg ni.. gila untung dari kualiti.. Gggrrr

    ReplyDelete
  12. acu campak smula kuih tu kt peniaga tu...nk berniaga x ikhlas langsung fikir nk $$$$ jeee

    ReplyDelete
  13. So far belum terbeli benda yg tak sedap...syukur...Mcm Okje cari gerai yg dah biasa beli tahun lepas....kita mmg dah tau rasa kuih dia sedap...tp tulah kan sesekali pergi mana nak cam

    ReplyDelete
  14. salam. so far sy beli ok ja..sy jarang ke bazar sebenarnya..semua masak sendiri biarpun tak sedap ahhahhaha :D

    ReplyDelete
  15. Alamak tengok pun memang tak selera cair camtu. Haih lepasni dah takyah beli kat tempat tu lagi. Tak jujur

    ReplyDelete
  16. sy taklah sampai boikot bazaar ramadan, tapi saya juga sering terkena beli makanan yang tak tak "ok" kat bazaar ni.jadi, saya lebih rela masak sendiri..

    ReplyDelete
  17. Alahai.. memang geram kalau jadi macma ni kan?
    Rasa macam tertipu..

    Dah la susah nak jumpa kuih koci tu..huhuu

    Sabar ye

    ReplyDelete
  18. alahai.. kuih cmtu patotnye reject dh..hurmm.. sabar ye kak.. kdg2 org nie nak untung je lebih..

    ReplyDelete
  19. sabar ye...bukan rezeki...tu memang dah bukan kuih koci...tak tau nak kata kuih apa...peniaga pon kena pentingkan kualiti, bukan hanya kuantiti...

    ReplyDelete
  20. Yer la mmg tak macam rupa kuih koci langsung.. sebab tue tak suka beli kat PARAM.. hehehe

    ReplyDelete
  21. erk..kenyang terus...putus selera tgk..=..=

    ReplyDelete
  22. tak lalu nak makan tgk gambar tu..eee...

    ReplyDelete
  23. Tak dinafikan makanan kat bazar ramadhan mahal dan rasa tak setimpal. Anim pergi un sebab masa dah suntuk tuk berbuka, Ituun anim pergi gerai yang memang anim tahu makanan dia sedap, murah dan ada kualiti.

    Kuih muih yang berbalut memang kita tak tahu rasanya dia cam mana. Anim pun tak berani beli kalu gini rupanya.

    ReplyDelete
  24. memang teruk..saya lak kena kuih ketayap inti macam tumpah garam sekilo jer...

    ReplyDelete
  25. Hmm... Mmg bukn rezeki la ni... Mmg begitulh pniaga kita.

    ReplyDelete
  26. inilah kalau berniaga semata-mata nak untung. untung tu tak akan kemana. cubalah berniaga seikhlas hati dengan niat menggembirakan orang lain di samping beribadah kepada Allah... berkat rezeki tu pokcikkk.
    tumpang geram ni ida..

    ReplyDelete
  27. Inilah sikap sesetengah peniaga yg nak untung je waktu2 mcm ni.. hasil yg diperolehi tu hanya Allah jualah yg menilai hmmm...

    ReplyDelete
  28. kenapalaa diorang buat mcm nih.. berdosa sebenarnya.. dah laa tak ikhlas.. itulah kalau dah nama niat nak kaut untung je..:(

    ReplyDelete
  29. memang patut azwan ali mengamuk sampah... memang macam sampah kualitinya!

    ReplyDelete
  30. Ya Allah mcm.mne nak berkat rezeki tuh kalo tak ikhlas masa berniaga..

    ReplyDelete

Post a Comment