Buat Play doh guna Tepung Gandum

Assalamualaikum
Hai korang☺☺ hah..Kalau korang bacalah kan entry aku,Kalau nak baca lagi boleh klik SINI,Oh ya,entry tu aku cerita Deko bilik Dak Naura.So,adalah sikit-sikit nak buat homeschooling untuk dia.Yelah dia pun dah semakin membesar,so sebagai ibu,aku nak yang terbaik untuk dia,memandangkan dialah sorang (buat setakat nilah),Kalau tak jadi Doktor,at least jadi orang berguna..Yang bijak pandai..Boleh Masuk U,ada kerjaya yang baik dan semua tu untuk dia jugak kan.


So,bukan nak paksa dari awal lagi nak suruh dia belajar.Kalau ikut apa yang aku belajar dari Seminar yang aku hadir minggu lepas,boleh rujuk entry SINI ye.Penceramah tu kata,umur macam Naura ni,otak dia hanya fikir bermain.And , diorang takkan fikir apa-apa selain bermain.sebab tu ramai yang nak jadi budak-budak kan..kah².Sebenarnya kalau kita pandai create permainan untuk diorang,secara tak langsung,kita banyak menggerakkan otak kiri mereka,which is otak kiri tu memberikan mereka lebih kecenderungan untuk berfikir lagi..



So,umi kena pandai create permainan dan hah!! yang penting kena main sama dengan diorang,kena jadi macam diorang..Kena berkawan dengan diorang!! So,aku akan set mind untuk bermain dengan diorang ni hah..Bukan sebelum ni umi tak pernah belikan dia Play Doh,pernah kot,tapi tak bertahan lama..Sekejap je..So,bila banyak kali beli,memang lah sangat 
merugikan.Bukan murah gak Play doh ni.So,baiklah umi buatkan untuk dia play doh homemade.
Banyaklah rujukan yang umi cari macam mana nak buat Play Doh ni.Hah..Kalau korang rajin,sila google homeschooling activities.Blog orang putih banyak weh aktiviti yang diorang buat.Hah..Kalau korang nak tahu,bagaimana buat play doh guna tepung gandum sahaja,sila baca entry di bawah ni ye.
Buat Play doh guna Tepung Gandum

Bahan-bahan untuk buat Play doh


  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 gelas air suam
  • 3-4 sudu minyak masak
  • pewarna kuih
  • Sedikit garam

Cara-cara membuat play doh guna tepung

Di dalam satu bekas,masukkan tepung ,garam dan juga minyak.Kacau dan masukkan air sedikit demi sedikit sehingga tepung yang di adun tu tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembik.Bahagikan tepung yang diuli tu kepada beberapa bahagian yang korang nak.
Ambil bekas dan letak pewarna yang dah dicampur dengan air.Kemudian uli di dalam bekas yang diletakkan pewarna.Uli sehingga pewarna tu sekata dengan tepung.

Takde gambar yang aku nak tunjuk sebab buat dengan Naura,memang habislah tepung bersepah..Kalau lagi bagus,kita buat sekali dengan diorang.Cubitkanlah sikit tepung yang korang dah uli tu.ajak dia uli sekali..




Buat Play doh guna Tepung Gandum
Tada......Siap dah Play doh umi



Aku masukkan play doh ni ke dalam bekas tertutup supaya taknak dia keras.Bila dah macam-macam warna,kemahin sukalah Naura tu.Mau taknya...Lepas settle je buat play doh ni,terus dia ajak main.Masa ni umi dah penat ,mata dah mengantuk,tapi energy dia untuk bermain banyak lagi...hadoiiii..sila bertabah ye umi.

Buat Play doh guna Tepung Gandum
Karipap Play doh warna merah.Gasaklah nak

Buat Play doh guna Tepung Gandum
Tu apa pun tak tau dia buat apa,Dia kerat -kerat masuk dalam bajak tu.

Itu jelah yang dia buat.Nampaknya umi kena uli lagi tepung,letak warna lain pulak dah.....


Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

41 Comments



  1. salute umi! Kalau warna bercampur pun takda masalah kan hehe

    ReplyDelete
  2. rajinya, klau dpat mcm zie ni malas, beli mainan playdoh tu hahhaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab dah banyak kali belilah,umi kena buat macam ni zie,hehehe...lagipun saja je nak buat aktiviti ni dengan dia

      Delete
  3. Wahhhh skrin shot dah hehe..nti buat..lebih jimat, sihat...dan selamat utk mainan anak²

    ReplyDelete
  4. Buat sendiri playdoh lebih selamat kan. Kalau guna pewarna makanan kalau nak termakan pun tak bahaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah..betul tu..takdelah risau sangat..cuma tulah,nak melayan bebudak ni main..hehe

      Delete
  5. pergghhh..baru tahu boleh buat playdoh guna tepung gandum - jmr23.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. hah kan...kita pun baru tau pasal ni..tu yang cuba buat.

      Delete
  6. Senang rupanya ye. Boleh buat lah nanti. Ajak syafi join buat sekali. Selamat pun selamat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah memang senang,tapi kalau buat dengan anak-anak susah sikit...hehehe..tapi yang penting diorang happy dapat buat aktiviti menguli tepung tu

      Delete
  7. senang rupanya..nanti nak cuba buat juga utk anak2

    ReplyDelete
  8. Yang ni boleh main sekejap je kan sebab nanti kulat naik hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah memang sekejap je boleh gunakan...Kalau beli play doh pun sekejap je diorang main...hehehe..kita letak dalam fridge lepas diorang main..sebab kalau letak kat luar,tepung tu akan jadi lembik

      Delete
  9. Yg penting selamat sebab takde bahan chemical kan...bagus idea ni..

    ReplyDelete
  10. Kreatifnya hehehe lepas habis anak-anak main terus masak wakakakaka tak sangka lak akak boleh buat macam tu hehehe begus jimat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. masak?? haha...diorang dah buat lempeng dah dekat dinding ..uli menguli

      Delete
  11. Wah senang dan selamat untuk anak-anak main kan..

    ReplyDelete
  12. Haaa ni boleh jimat byk ni...seronok la anak2 kalau dpt main ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak jimat..hehehe...of course diorang mesti seronok...

      Delete
  13. untung naura dpt umi yg rajin buat playdoh sendiri..
    comel tgk pelbagai warna hasil palydoh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. time umi Naura rajin je ni...hehehe...tetaplah kena rajinkan diri untuk anak

      Delete
  14. Tepung gadum sebagai play dohl ebih selamat. Kalau play doh yang benar tu, rasa berminyak tangan pastu diaorg suka bawa masuk mulut bahay taw.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah betul tu..Kalau main mesti melekit dengan lantai kan...

      Delete
  15. Wahh..baguslah boleh buat sendiri rupanya dan senang juga nak sediakan. Boleh lah nanti cuba buat.

    ReplyDelete
  16. Creative idea and safe to by play by children. Next time I want to try.

    ReplyDelete
  17. Dulu masa kecik pernah try buat.... malangnya jadi cenkodok... sebab arwah nenek cakap... xbaik membazir, amalan syaiton

    ReplyDelete
  18. Rajinnya nak buat ini semua. Tapi memang puas hati kerana menjimatkan dan spend masa dengan anak-anak kan. Good job!

    ReplyDelete
  19. Wahhh kreatifnya mummy. Rajin pulak tu, mesti anak2 suka mainan yg mak dia buat sendiri

    ReplyDelete
  20. Senang jer nak buat kan. Teringin nak buat play doh sendiri tapi tak terbuat lagi.

    ReplyDelete
  21. rabia pun pernah buat doh ni masa belajar.

    ReplyDelete

Post a Comment