Birthday Treat Babah at My Kluang Seri Alam,Pasir Gudang

Assalamualaikum
Hai korang☺☺ hari sabtu yang lepas aku decide untuk belanja makan babah sempena birthday dia yang akan datang yang jatuh pada hari Isnin.So hari sabtu lepas,selepas settlekan urusan di Bank,Kami terus ke tempat makan di Seri Alam ni.Berdekatan juga dengan Bank.
So,aku memilih MY KLUANG untuk belanja babah sempena hari jadi dia.My Kluang ni antara kedai makan yang sedap di Pasir Gudang.Ianya seakan-akan Kluang Rail Coffee jugaklah.Selalunya bila birthday kami berdua,kami pilih untuk makan Secret Recepi sahaja.Hah..korang tengok Entry Birthday kami..

My Kluang ni terletak di Seri alam,berdekatan dengan Tesco dan Bank-bank seperti Maybank,Public Bank dan lain-lain lagi.Ia juga berdekatan dengan deretan Moonlight Cafe,Borneo Sugar Bun di Seri Alam..Memang senang lah nak jumpa.Dekat je dengan Roundabout Seri Alam.Tepi jalan je My Kluang ni..Kalau korang nak cari tempat makan best di Pasir Gudang ni,kira recommended jugak kat sini.Sebabnya makan kat sini,suasana sangat tenang,takdelah kedengaran bunyi bising sangat.


Selfie sebentar sementara menunggu makanan sampai.Si kecik tu kalau dah mengadap handphone memang ler payah nak ajak selfie

Hah..Nak tau apa menu yang kami order di My Kluang ni..

Blueberry Cheesecake-RM8.50
Ayam Penyet Sambal-RM10.90

Ayam Bakal Sambal Hijau-Rm10.90
Dimsum-rm3.90 setiap bekas

Actually kami order 3 jenis dimsum tau,iaitu Chicken,Crab dan juga Salt Egg.Semuanya sedap belaka dan harga pun berpatutan.

Kotlah korang nak try makan kat situ kan.Kat bawah ni ada aku letakkan Map untuk memudahkan korang mencari Cafe ni.

My Kluang Cafe

41, Jalan Suria 1, Bandar Seri Alam, 81750 Masai, Johor



Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

2 Comments



Post a Comment