Pemilihan Cermin Mata Fleksibel Untuk Kali Ini

Assalamualaikum
Hai korang..Sebenarnya ada cerita nak diceritakan sebelum timbulnya entry ni,tapi memandangkan banyak benau kerja yang tertangguh pasal cerita tu,so kita abaikan dan update kisah terbaru ni..hehehe..Actually selepas peristiwa rumah kena masuk orang tu,hah..siapa yang follow aku kat fb mesti tau ceritanya,,Itulah cerita yang aku nak ceritakan,tapi...nantilah dulu...

Actually,selepas peristiwa tu,aku balik kampung..Saja nak tenangkan fikiran memandangkan rasa takut lagi nak duduk rumah untuk dua tiga hari tu.So,kita tenangkan fikiran kat kampung je.Chill dengan family,jalan-jalan kat Bandar Penawar.Ingatkan nak cari seluar untuk my husband,tetapi boleh terbalik pulak bila ternampak satu kedai cermin mata kat situ.

Apa lagi.mula-mula nak tengok je,tapi bila My husband bagi hint  nak belikan cermin mata..Hadoiii haruslah teruja namatik namanya.Disebabkan cermin mata lama dah patah,terpaksalah umi beli yang baru..Ada yang spare kat rumah tu,tapi dah beberapa kali jugaklah cubaan mematahkan cermin mata umi tu dibuat dek Naura.Last aku beli rasanya tahun 2016.Ada aku ceritakan di entry CERMIN MATA MURAH DI PASIR GUDANG.

Nak cari jenis bingkai dan frame ni memang susah bagi aku tau..Kalau dah tengok tu,rasa semuanya cantik.Nak mahal ada,nak murah pun ada.Ikut poket kita lah kan.


Banyak jenama yang biasanya ada di Kedai Cermin mata tau.Rambang mata nak pilih 
Sesi mencuba pelbagai jenis frame


Ni antara pilihan aku..Tu yang confuse nak pilih yang mana ni 


Harga not badlah..Selepas peristiwa menyakitkan hati,terus tak nak dah beli yang mahal.Paling mahal pernah aku beli cermin mata adalah RM800 tau.Habis duit bonus kat situ.

So selepas pada tu,aku beli yang murah je.taknak beli mahal dah...



Jempu baca eh entry lama kita tu.Ada jugak entry kita tentang Tips memilih Cermin Mata.Mana tau korang boleh try tips ni kan..Bergunalah jugak untuk korang.Untuk aku cerita lebih lanjut tentang jenis cermin mata yang aku beli.Apa kata aku share sikit TIPS PENTING PENJAGAAN CERMIN MATA agar  jangka hayatnya lebih lama.

6 TIPS PENJAGAAN CERMIN MATA
  1. Pegang cermin mata dengan kedua-dua tangan.Jika anda menggunakan satutangan ketika membuka dan memakai cermin mata,anda menghadapi risiko merosakkan bingkai cermin mata tersebut,
  2. Jangan letak cermin mata di atas kepala.Ini menyebabkan bingkai cermin mata anda mengembang.
  3. Bawa casing/kotak cermin mata anda bersama.Membawa  cermin mata anda dalam casing boleh melindunginya.Jangan letak di dalam poket atau beg tangan tanpa sebarang perlindungan kerana ini boleh menyebabkan calar dan keretakan pada lens.
  4. Elakkan Punca Haba.Meletakkan cermin mata di atas dashboard kereta atau berdekatan dengan hair dryer tidak elok untuk kondisi cermin mata.
  5. Bersihkan dengan kain 'Microfibre'.Elakkan dari menggunakan tisu atau kain kasar atau toilet paper.Sekiranya perlu,gunakan air suam.
  6. Pembersihan Medalam dengan Ultra-Sonic Cleaning.Dapatkan servis cucian Ultrasonic untuk cucian yang menyeluruh.
Hah..itu antara Tips penjagaan cermin mata.Info ni aku kongi dari perkongsian OneOptometry. Sangat berguna untuk aku dan pembaca.

So,untuk kali ni,aku memilih bingkai yang fleksibel.Actually sebelum tu memang aku dah terminat satu jenis bingkai ni,tapi disebabkan aku nak cari yang jenis Fleksibel,terpaksalah abaikan bingkai yang aku minat tu.Dari Jenama LEE COOPER jugak,cuma yang ini lebih Fleksibel.


Fleksibel tu maknanya,ia boleh ditarik 180 darjah.Jadi tak risau lah kan kalau anak dok tarik-tarik tu.Itu yang bestnya jenis bingkai macam ni.

Jenis bingkai Ultem ni memang sangat terkenal.Bingkai Ultem ni merupakan material baru yang digunakan untuk membuat bingkai cermin mata.Ultem ini berasal dari korea tau.Apa yang bestnya Jenis bingkai Ultem ini  lagi adalah
  • Fleksibel
  • Ringan
  • Tahan lasak
Hah..ok ke tak ok..Of courselah ok kan..Sangat ringan tau..terus aku teruja nak beli jenis bingkai Ultem ni.Harga bingkai dan juga lens ni total RM330.Dah habis ke situ je.


Promote lah sikit sebab abang tu dah bagi aku harga cut habis ni..So korang yang tinggal berdekatan bolehlah singgah kedai cermin mata di Bandar penawar ni ye..

I Love U Optical

G26,SKS City Mall,Jalan Kempas 2
Taman Desaru Utama,
81930,Bandar Penawar
Johor









Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

9 Comments



  1. waaaahhhh buat spec baru... cantikk

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum.eda..wah !! Spec baru yer..nak cari spec ni mmg kena berhati2 sbb kita nak gunakan die lama jadi kenalah cari yg baik kn...

    ReplyDelete
  3. kalau nak buat spek mmg mahal kn. 800 mmg x lari.frame boleh cari yg murah. selalunye cermin yg mahal kn..

    ReplyDelete
  4. Wahhh spek baruuu. Hehe. Cun lah kak.. Busyra pun pakai spek. Tp time drive malam je.

    ReplyDelete

Post a Comment