Naura ke Taska

Assalamualaikum

Hai korang☺Lama pulak tak bercerita pasal dak Naura kan..Dah makin kepoh mulut dia.Dak Naura sekarang umi dah hantar dia ke Taska.Sebelum ni memang umi hantar dia ke rumah Babysitter.Tapi disebabkan babysitter ada masalah lain,tak dapatlah dia nak jaga Naura.So,umi struggle sikit masa seminggu sebelum masuk Taska.Umi terpaksa tunggu awal bulan untuk masukkan Naura ke Taska sebab Teacher tu kata,senang kira dari awal bulan,

So,umi hantar Naura ke rumah ibu(Maklong Naura),Tapi susah sikitlah umi terpaksa pulak pusing balik memandangkan rumah umi ke rumah Maklong dan ke Pejabat umi.Umi suggest kat babah supaya duduk rumah nenek seminggu.Rumah nenek tu,satu taman je dengan rumah Maklong.So,dalam seminggu jugak umi duduk sana berulang alik.
dapat ice cream muka happy


So,start dari 2 April 2018,Naura dah mula ke Taska.Disebabkan Naura belum cukup umurnya 3 tahun,so mahal sikitlah umi kena bayar.Takpelah,nanti lepas bulan 7 umi dah bayar harga yang biasa umi bayar dengan babysitter.


Kenapa Umi hantar Naura ke Taska?
  • Kekangan masa nak cari babysitter
  • Nak lebihkan dia dengan aktiviti di Taska
  • Ramai kawan
  • Boleh berdikari
  • Ramai kawan
  • Dekat dengan rumah
Dari rumah ke Taska Naura tak sampai pun 5 minit..Kira satu taman jugaklah.So,umi tak perlu nak masuk ke taman lain untuk hantar Naura..Senang cerita.

Persediaan Umi untuk hantar Naura ke Taska
  • Tagging semua barang Naura dengan Nama dia.
  • Sediakan baju dan pampers setiap malam..senang umi nak capai pagi-pagi tu
  • Pastikan dia susu dulu sebelum ke Taska
  • Mandikan dia sebelum ke Taska
Actually barang yang aku tinggalkan di Taska adalah Susu dan juga Tuala.Senang semuanya ada dah di Taska dan aku rasa tak perlu bawak balik.Baju dan pampers memang aku bekalkan hari-hari.Takkan lah Teacher tu pulak kan yang nak basuh..So masa dengan babysitter lama pun,aku bawak baju kotor hari-hari cuma,baju bersih aku siapkan untuk seminggu.Siap ada extra lagi..Yelah,mana taukan,sehari tu dia pakai kotor ke,jadi cukuplah baju dia.

Setiap pagi ,selepas mandi,aku akan bagi dia minum susu dulu,jadi dia adalah energy sikit sebelum sarapan di Taska.Mana tau kan,Breakfast kat Taska lambat,Jadi takdelah perut dia tu berkeroncong,.Kalau dulu,rumah babysitter,aku jarang mandikan dia,aku mandikan dia pun kalau pampers dia penuh or dia bangun awal.So,peraturan baru untuk Naura adalah,Mandi setiap pagi.

Alhamdulillah...syukur sangat dengan dia,sebab senang nak bangun pagi.Senang nak mandikan dia pepagi buta setiap hari.Harap hari seterusnya pun dia ok je.Tapi kenalah ada caranya kan


Ada beberapa tips yang aku ikut untuk buat Naura senang nak bangun pagi.Actually tips ni aku gunakan masa hari pertama hantar Naura ke Taska.Jom tengok apakan Tips untuk kejut anak waktu pagi cara aku

1.Beri makan pada awal waktu
Actually,lepas balik kerja,balik rumah,terus aku siapkan makanan untuk family.Bila husband balik je,aku terus ajak semua makan.

2.Masuk tidur pada awal waktu
Jam 9.30 malam,aku dah ajak dia masuk tidur.Mungkin korang kata awal kan,Buat sebotol susu,tutup lampu,ajak dia baca zikir pendek (aku baru praktiskan untuk dia)lepas tu suruh dia baca doa tidur,walaupun dia pelat lagi,aku memang dah ajar dia.tak kisahlah kan...janji ada jugak bunyi tu.Kalau kita dah biasakan dia,jadi dia akan terbiasa dengan semua tu.Budak-budak kan mudah untuk belajar.

3.Bangun pagi
Sebelum aku kejutkan dia,aku akan pastikan aku dah siap segalanya,last sekali baru aku kejutkan dia.Itupun antara pukul 6.45 hingga 7.00 pagi jugak nak kejutkan dia.

4.Cara kejutkan dia
Aku panggil nama dia,lepas tu baring sebelah dia,usap-usap kepala dia,badan dia,biarkan sekejap dia golek-golek.Panggil lagi nama dia,ajak dia mandi..Sambil tu aku cakap kat dia,kawan-kawan kat school tunggu dia..Terus dia bangun dan mintak bukak baju.Kalau boleh aku taknak buat dia moody pepagi,sebab kalau dia moody,aku pun ikut moody.Confirm umi dia jadi singa kang.
Kenalah umi layankan dia,nak dokong ke bilik air walau bilik air tu tak sejengkal mana pun.
Lepas dia mandi aku ajak dia ke dapur dan minum air masak segelas,...itu pun tak habis,barulah aku bagi susu sebotol...hah..yang tu habis..hahaha


Then,dengan muka happy dia ke Taska.Sampai Taska,dia pimpin tangan ajak aku masuk,sampai aku nak keluar balik,mulalah dia buat muka nak ikut umi pegi work..

So,aku memang tak tunggu lama pun,sebab aku tau,dia menangis sekejap je,,,Tak lama pun..Nanti bila amik dia waktu petang,mesti dia happy..macam-macam lah dia bebel...






Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

12 Comments



  1. Yeyyy Naura dapat ramai kawan...

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Bagus ni , ingat nnt bila dah 3 4 tahun nak hantar juga utk dia berkawan .

    ReplyDelete
  4. Moga Naura pandai sesuaikan diri dan juga cepat mesra dengan kawan2 lain...

    ReplyDelete
  5. memang kalau anak2 dah sekolah kena kerah tido awal sampai maknya pun tertido sama hehehe

    ReplyDelete
  6. Kesian bebudak zaman sekarang kecik – kecik kena duduk taska hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..kalau ikut hati nak benti kerja jaga dia je

      Delete
  7. kesian kak naura..harap kak naurah happy duduk di taska tu :D
    follow sini #2120

    ReplyDelete
  8. bagus naura dah pegi pre-school..

    ReplyDelete

Post a Comment