RESEPI LALA GORENG BERCILI

Assalamualaikum
RESEPI LALA GORENG CILI | Resepi ni simple je dan senang untuk dibuat.Ramai yang rasanya suka makan lala ni kan.Pelbagai jenis masakkan yang boleh dibuat dengan lala antaranya adalah Lala masak lemak cili api,lala goreng bercili,lala masak halia dan macam-macam lagilah.Masa pergi ke pasar hari tu nampak lala ni,so macam dah lama pulak tak masak lala,ambillah dalam sekilo.Kalau sikit rasa tak puas jugak kan nak makan.Maklum ler,isi nya tak berapa nak hado!
Nak dijadikan cerita,sabtu hari tu ada pulak tetamu yang datang,so masakkan sekali tengahari untuk dia.Ada orang tak suka lala ni sebab kalau masak pasir laut tu masih ada lagi kan.So bagi mengelakkan agar pasir laut ada di dalam lala ni,korang rendam lala tu dengan garam dalam setengah jam.Lepas tu kulit lala tu akan terbuka tau.Dan rajin-rajinlah korang kaut-kaut dalam tu supaya pasir laut tu keluar.Lepas pada rendam tu,bersihkan dan tapis lala tersebut.

Lala yang dah di rendam dengan garam.

 Lala dah siap tos dan dibersihkan

RESEPI LALA GORENG BERCILI


-2 ulas bawang besar**
-3 ulas bawang kecil**
-Sedikit belacan(tak letak pun takpe
-2 batang serai dititik
-3 biji lada kecil(ikut pada tahap kepedasan)**
-Sedikit garam
-Minyak untuk menumis

Tumbuk bahan bertanda **

CARA-CARA MEMASAK 



 Panaskan kuali dengan sedikit minyak,kemudian tumis bahan tumbuk sehingga naik bau

Masukkan serai yang dititik

Masukkan lala


Perasakan dengan garam



Dan nampak lala tu kemerahan,bolehlah tutup api dah hidangkan.

Amacam..senang tak resepi lala goreng bercili ni.Rasanya menu paling simple tau.Ni pekena dengan nasi panas-panas sedap tau..Kalau korang nak berkuah sikit,campurlah sedikit air.Tak perlu banyak sebab kebanyakkan seafood ni akan ada iar dari nya sendiri.

Selamat mencuba resepi yang senang dan selalu dibuat orang ni ye.

More recipes here : Resipi kisahsidairy


Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

5 Comments



  1. SA suka..Dania lagi suka..selalu buat sweet sour pecah telur..huii..mmg tak jadi lauk..

    ReplyDelete
  2. sedap ni.. tp ari tu cari kat psar xde pulak..

    ReplyDelete
  3. kekda, lala tu tak payah rebus dulu yek?

    ReplyDelete
  4. Macam sedapp je..tak pernah makan lagi lala ni.

    ReplyDelete

Post a Comment