Makanan Vietnam di Kafe D'Viet Bandar Penawar

Assalamualaikum
Makanan Vietnam di Kafe D'Viet Bandar Penawar | Hari tu masa aku Shopping barang dapur untuk mak di Bandar Penawar,kami jalan-jalan sekitar situ untuk cari kedai makan.Bila lalu je di Kafe ni ,rasa teringin nak makan Vietnam Role.So kami singgah di Kafe Vietnam ni.Kafe ni memang menghidangkan makanan vietnam tau.So tak perlu sampai ke sana untuk rasa makanan diorang.Kat sini pun dah ada.Hah..So kat mana tempat makan best di Bandar penawar ni,kafe ni adalah salah satunya.


So , kami cubalah beberapa jenis makanan yang disediakan disini.Rugi kalau tak mencuba,yelah..dah depan mata kan.Lagi satu orang kata kopi vietnam tu sedap.Why not kita mencuba kan.Menu yang kami order pada malam tu adalah
Popia Vietnam Role 

Sup daging -Pho Boa

Mee Goreng Vietnam

Nasi goreng Daging Salai

Untuk minuman pula,kami order Epal laici,Epal,Carrot susu dan juga kopi vietnam.Nasib baik sakit kepala,kalau tak dah order dah Kopi tu..Memang sedap.

Suasana di dalam Kafe,Disebabkan malam,tak berapa nak nampak la 
So,katanya ada menu yang menarik yang mungkin sebelum ni korang tak pernah dengar iaitu Nasi lemak berdarah By The Kafe D'viet ni..gerun kan..hahahaha.SO,kalau korang nak tahu apa lagi menu menarik di sini,Haruslah jejak kaki ke sini.Baru boleh cerita kan.


Kafe D'Viet ni di buka dari jam 11 pagi hingga 11 malam dan hanya tutup pada hari selasa sahaja.
Korang boleh je tengok menu mereka di Page mereka iaitu Kafe D'Vietn Bandar Penawar.




Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

5 Comments



  1. nasi goreng daging salai tu nampak sedap sangat. nak pergi tapi jauh hmmm

    ReplyDelete
  2. Aishhhh aku teringin nak makan vietnam roll tu haaa..
    Nanti nak pergilah snggah...

    ReplyDelete
  3. Lamanya tak ke Bandar Penawar. Ada sedara kat sana tp lama tak pergi. Raya hari tu pun tak sempat sampai hehe. Menarik ni, klu ada ke sana nanti mmg terasa nak singgah juga. Thanks sharing Aida :)

    ReplyDelete

Post a Comment