GERHANA BULAN PENUH PADA HARI RABU 26 MEI 2021

Jom Tengok Gerhana Bulan Penuh Pada 26 Mei 2021 | Jarang-jarang kita dapat lihat fenomena ni kan.Jadi jom save the date untuk melihat gerhana bulan penuh ini.

GERHANA BULAN PENUH PADA HARI RABU 26 MEI 2021


Kalau korang nak tahu fenomena Gerhana bulan penuh akan berlaku selepas bulan berada pada kedudukan yang paling hampir dengan bumi(perigee) dengan jarak 357,309km.Fenomena ini dapat dilihat secara keseluruhan di timur Australia, New Zealand dan kepulauan Pasifik, termasuk hawaii.

Fenomena gerhana bulan penuh ini akan berlaku mulai jam 16.47 dan berakhir pada jan 21.50 waktu Malaysia.Masyarakat di Malaysia berpeluang menyaksikan fenomena tersebut ketika ia telah mencapai frasa gerhana separa bagi penduduk di Sabah dan Sarawak manakala bagi kebanyakkan kawasan di Semenanjung, fenomena tersebut hanya kelihatan ketika fasa gerhana telah maksimum.


GERHANA BULAN PENUH PADA HARI RABU 26 MEI 2021

Gerhana bulan penuh ini dapat dilihat pada hari Rabu 26 Mei 2021.So pada korang yang nak tengok secara live Gerhana bulan penuh "SUPER FLOWER BLOOD MOON" boleh lihat di Facebook dan Youtube Mysa.

Jom Tengok Gerhana Bulan Penuh Pada 26 Mei 2021

Pada  26 Mei 2021(rabu) fenomena gerhana bulan penuh atau dipanggil Super Flower Blood Moon akan menyebabkan bulan kelihatan berwarna kemerahan selama kira-kira 14 minit pada fasa gerhana penuh.Fenomena gerhana ini akan berlaku selepas beberapa jam bulan berada pada kedudukan yang paling hampir dengan bumi (perigee)

kENAPA IANYA NAMPAK BERWARNA MERAH

Fenomena ini disebut sebagai serakan Rayleigh, iaitu fenomena yang menyebabkan matahari kelihatan merah ketika matahari terbit dan terbenam, pelangi kelihatan berwarna-warni dan langit kelihatan kebiruan.

1. Cahaya Matahari

Semasa gerhana bulan penuh, bumi menghalang cahaya matahari daripada sampai ke permukaan bumi.Apabila bulan berada sepenuhnya dalam bayang umbra Bumi, cahaya matahari masih boleh sampai dan menyinari bulan.Cahaya matahari akan melalui atmosfera bumi terlebih dahulu dan kebanyakkan cahaya berwarna biru akan ditapis.Cahaya yang tertinggal ialah warna merah atau jingga yang lebih malap berbanding dengan cahaya putih matahari.

2. Atmosfera Bumi

Atmosfera bumi juga membiaskan sebahagian matahari dan hanya sebahagian kecil sahaja yang sampai dan menyinari bulan.Kesan penapisan dan pembiasan cahaya matahari oleh atmosfera bumi menyebabkan bulan kelihatan merah semasa gerhana maksimum.Jika bumi tiada atmosfera, maka bumi akan berada dalam keadaan gelap sepenuhnya semasa berlakunya gerhana bulan penuh.

Sumber: Mysa


Nanti bolehlah ajak anak-anak tengok live di page mysa nanti.ajar sikit diorang tentang ni..


1 Comments



Post a Comment