Segalanya Ku Terima

Assalamualaikum

Selamat pagi semua..Ini bukan tajuk drama.Cuma luahan perasaaan yang ingin aku abadikan dalam blog kesayangan ni..On Off je entry kat blog ni kan..Yang korang sedia maklum,memang sebenarnya tak de hati nak berblog untuk beberapa bulan ni.Tapi kekadang blog diperlukan juga untuk meluahkan isi hati ni.

Nak luahkan apa? Tak lari dari kisah pregnancy yang kedua ni.Kekadang rasa cukup berat nak tanggung,tapi sebagai manusia dan umatnya,aku perlu redha dengan ketentuannya.

Hari Isnin yang lepas,aku berjumpa dengan doktor pakar berkenaan dengan kes jantung dan pregnancy.Memang kalau ikut doktor pakar,dia marah aku sebab tak buat follow up lepas beberapa tahun aku operation jantung.Last aku buat follow up kat Hospital adalah pada tahun 2004.Lepas tu,aku dah termissed satu appointment dan terus aku biarkan tanpa buat rawatan susulan.

Tu yang Doktor pakar marah sangat tu,Lagipun dia kata,aku kena berbincang dulu dengan doktor samada aku boleh mengandung atau pun tidak.Nak taknak aku tadahkan telinga je dengar doktor membebel.Memang silap aku sebab abaikan kesihatan aku sendiri.

Risau kalau kandungan aku terpaksa di gugurkan atas sebab kesihatan aku ni.Tapi alhamdulillah,doktor sentiasa memantau tahap kesihatan aku.Rasanya tiap tiap minggu aku akan menjadi tetamu di klinik dan Hospital.Bila doktor kata,mereka akan lihat kandungan aku bila masuk 2nd trimester macam mana,samada aku boleh carry on atau tidak.Dalam pada doktor bagitau aku pasal tu,mulalah bergenang air mata ni,risau apa akan berlaku nanti.

Segalanya ku terima.Jika itu dah ketentuannya,aku redha je.Mungkin ada hikmah di sebaliknya.Moga aku dan baby terus kuat supaya kami boleh sama sama survive kan.

Doakan aku dan baby selamat.Walaupun doktor terpaksa keluarkan baby awal,aku tak kisah,janji dia sihat dan aku juga.Aku hanya berdoa kepada Allah supaya kuatkan semangat aku untuk meneruskan kandungan ni,diberikan kesihatan yang baik dan terus berusaha untuk menjadi ibu yang baik kepada Nur awfiyah.

Bercerita tentang Nur awfiyah,ummi dia jarang banyak masa dengan dia sekarang.Kalau kat rumah pun dengan babah atau maklong dia .ummi tak kuat nak melayan dia yang semakin aktif sekarang ni.Esok genap dia 9 bulan.alhamdulillah,dia membesar dengan sihat...syukran

26 Comments



  1. Kuatkan semangat yeh dear...insha Allah semua akan dipermudahkn.yg penting jgn putus ASA okey :)

    ReplyDelete
  2. Bonda doakan semoga kesihatan Ferd dan baby dalam kandungan akan baik-baik sahaja dan selamat semuanya...

    ReplyDelete
  3. Kuatkan semangat dan banyak2 berdoa ... semoga segalanya dipermudahkan olehNya

    ReplyDelete
  4. Allahuakbar.. Semoga semuanya baik-baik saja.. Semoga dipermudahkan segalanya kak..

    ReplyDelete
  5. Kuasa Allah mengatasi segalanya. Doa byk2 ye. Dont give up dear.

    ReplyDelete
  6. Moga akk trus dan sentiasa kuat kak.. ALLAH sedang uji hambanya...

    ReplyDelete
  7. Moga ada tabah dan sabar hadapinya kak. Moga akak dan baby kuat dan sihat hendaknya

    ReplyDelete
  8. Semoga tabah dan dipermudahkn urusan.

    http://adarain.com

    ReplyDelete
  9. Jgn mudah mgalah taw sis, kna kuatkn hati smgt.Allah ada sntiasa d sisi, insyallah sis n baby slmt

    ReplyDelete
  10. Bergantung dana berharaplah kepada Allah.. moga dipermudahkan dan moga semuanya baik-baik saja nanti..

    ReplyDelete
  11. Bru dengar berita ni..maaf la pcl tak jengah sini lama.., apa pun kena kuatkn semangat dengan rezeki Allah nak bagi. Ya segalanya kena terima dan terima seadanya juga apa saja ketentuanNya. Semoga semuanya berjalan lancar..amin.

    ReplyDelete
  12. apa yang saya blh katakan , kuatkan semangat , jaga kesihatan , berdoa , banyakkan baca yassin ... keajaiban dr Allah tu sentiasa ada ... semoga dipermudahkan , insha Allah .

    ReplyDelete
  13. Akak dah pregnant.. tahniah baru tahu.. In syaa Allah, kalau kita kuat, baby dlm perut pun akan kuat juga.. Fiza doakan akak dan baby sihat..

    ReplyDelete
  14. Kuatkan semangat,jaga kesihatan diri dan baby dalam kandungan. Semua itu rezeki dari Allah.

    ReplyDelete
  15. Semoga Allah sentiasa mengurniakan ketabahan buat Aida.. semoga segalanya dipermudahkan dan sihat sentiasa... aamiin..

    ReplyDelete
  16. doa yg baik2 ye kak.. jaga kandungan jaga kesihatan.. insyaallah semua will be ok.. :)

    ReplyDelete
  17. Semoga allah permudahkan untuk kamu sayang....jgn terlalu banyak fikir...yang penting jaga kesihatan diri dan bayi....

    ReplyDelete
  18. Insyaallah...moga dipermudahkn oleh-Nya

    ReplyDelete
  19. sebak baca luahan hati kak ida ni..saya doakan semoga kak ida terus kuat dan terus tabah ye..
    Allah tahu kak ida mampu menghadapi ujian dariNya

    ReplyDelete
  20. semoga terus kuat semangat dan dipermudahkan segalanya...be strong sis...

    ReplyDelete
  21. Moga dipermudahkan..bykkanberdoadan solat hajat... Insha Allah...

    ReplyDelete
  22. Akak.. Rest byk2. Kite doakan akak kuat.. Baby kuat.. Dgn izin Allah..

    ReplyDelete
  23. InsyaAllah takde apa2 tu Sis ..Moga2 Sis Aida kuat dan tabah dalam menghadapi ujian Allah ini ..Allah menguji hanya pada insan yang sabar dan dapat menempuh ujian... Lya doakan Sis dan baby akan sentiasa dalam rahmat Allah SWT ,..

    ReplyDelete
  24. Assalamualaikum kak ida, be strong sis. semoga semuanya baik2 sahaja. jangan fikir negatif ye kak

    ReplyDelete
  25. Kuatkan semangan Ida.. selalu berfikir positif... in shaa Allah segalanya dipermudahkan

    ReplyDelete

Post a Comment