Resepi Sambal Kacang Mudah dan sedap

Assalamualaikum


Wah..macam pro pulak nak up resepi kan..Walhal baru pertama kali dalam hidup ni,buat sambal kacang.Selalunya bila nak dan teringin nak makan sambal kacang,roger-roger mak je suruh buat..Hah!! Ni dah duduk rumah sendiri,nak panggil kawan-kawan makan,haruslah belajar kan.

Ok..Dah siap-siap roger mak apa bahan yang nak diguna pakai untuk buat Sambal Kacang Mudah dan sedap style mak ni.Kan aku ada ceritakan tadi malam semalam kat rumah ada buat potluck.Entry tu korang boleh baca di entry Potluck raya kami di bulan raya 2016Berkumpul segelintir dari officemate aku yang rapat je.Bila turn aku,aku just buat sambal kacang dan juga nasi himpit..senang tu..ekekekekeeee....

Resepi Sambal Kacang Mudah dan sedap

Bahan-bahan untuk membuat sambal kacang

~Kacang(di sangan atau di goreng tanpa minyak,kemudian di asingkan kulit,seterusnya di tumbuk sedikit halus)
~segenggam udang kering*
~lengkuas*
~Halia*
~Serai
~Beberapa tangkai cili kering**
~3-4 biji bawang merah**
~3 biji bawang putih**
~Sedikit Minyak
~Garam
~Gula
~asam keping

* untuk di blender.
** Blender bersama

cara-cara membuatnya
Panaskan minyak dan masukkan bahan yang diblender bersama.Agak-agak dah pecah minyak tu,boleh masukkan lengkuas dan halia yang sudah di blender.Kemudian masukkan udang kering.Selepas itu masukkan serai dan asam keping.Last sekali baru masukkan kacang yang sudah di blender.Baru perasakan garam dan gula..masukkan sedikit air.

Sambal kacang ni lagi sedap kalau letak gula lebih sedikit.Rasa manis tu yang sedap kan.


Hah!!..senangkan...untuk resepi mak aku ni memang tak letak santan ok!



7 Comments



  1. Sedap ni...boleh cuba
    Salam Jumaat Aida

    ReplyDelete
  2. Sedap ni...boleh cuba
    Salam Jumaat Aida

    ReplyDelete
  3. Wahhh ida dah pandai buat sambal kacang.. yey.. Nak sikit.. haha

    ReplyDelete
  4. sdpnya.. mkn rayah gtu pun yui suka..huhuh

    ReplyDelete
  5. Nyumm2, sedapnya. Bolehlah cuba buat lepas ni dah ada resepi ;)

    ReplyDelete
  6. sedap nampaknya tu, akak tak pandai buat sambal kacang

    ReplyDelete
  7. ni hah sempat aida terjah resepi ahsem ni.
    tq ekk for sharing.
    terus terang aida x pernah buat sambal kacang.
    sebab maybe aida x makan kacang tu.
    kalau kat luar pun aida jarang makan sambal kacang.
    kecuali sesekali makan sate :)

    ReplyDelete

Post a Comment