Balik cuti raya-Pastikan rumah selamat

Assalamualaikum

Hai korang☺☺ Mesti korang dah buat persiapan raya kan.Dah hias rumah untuk hari raya.Sekarang ni pun dok menghitung hari untuk berhari raya.

Cuti raya korang dah apply?berapa hari?Tahun ni turn balik mana pulak?Aku belum lagi apply cuti,mybe dah nak dekat raya nanti baru apply.konon nak cuti seminggu,tapi tak taulah approve ke tak cuti aku tu.Tahun ni turn Melaka,So kenalah cuti lama sikit kan.

Nak bercuti lama ni,kenalah pastikan korang buat apa yang patut supaya takde kecurian atau kebarakan semasa ketiaadaan korang .Bukan untuk ingatkan korang je,tapi ingatkan aku sendiri supaya sentiasa berjaga-jaga.Yelah,malang tak berbau,kalau dah nak kena pasti kena kan.Tapi perlu diingat,kita juga kenalah mengamalkan sikap prihatin atas harta benda kita sendiri.Dari pembacaan aku di majalah jelita,ada beberapa tips atau peringatan sebelum kita meninggalkan rumah.Why not kan kita ikut langkah berjaga-jaga ni.
Image result for pencuri
Source:google

  1. KUNCI, KUNCI, KUNCI. Pasti anda tidak akan lupa mengunci pintu utama dan belakang, tetapi jangan terlupa tingkap bilik anak malah bilik air. Lebih bagus jika anda memasang selak ekstra pada pintu supaya susah untuk diumpil atau dibuka.
  2. SIMPAN, SIMPAN, SIMPAN. Jika ada dokumen penting, barang berharga seperti komputer riba atau barang kemas, elak menyimpannya di tempat yang biasa dan yang boleh diagak akan jadi tempat pertama pencuri ambil. Contohnya dalam almari pakaian. Apa kata cuba letak di tempat sukar dijangka seperti dalam peti sejuk dalam pam tandas (bukanlah komputer riba ya, barang kemas bolehlah). Untuk komputer riba, apa kata bawa saja sekali ke kampung halaman. Senang hati.
  3. PASANG KAMERA LITAR. Tak perlu yang betul-betul pun. Pasang yang olok-olok dan di tempat yang boleh nampak untuk menimbulkan rasa gusar dan cuak pada penceroboh, boleh membantu menghindari jenayah.
  4. DAPUR SELAMAT. Jangan lupa pula mencabut menutup gas dan mencabut paip daripada kepalanya.
  5. CABUT PLAG. Pastikan semua suis elektrik ditutup dan plag peralatan elektrik dicabut.
  6. UNTUK KERETA. Bagi kenderaan yang ditinggalkan di rumah, letak pelekat yang lain dari lain pada bumper kereta supaya mudah untuk dikenal pasti dengan cepat.
  7. UNTUK PINTU GELONGSOR. Selak dengan kayu, supaya tidak mudah untuk ditolak penceroboh.
  8. KALAU ADA BAJET. Beli sistem keselamatan yang membolehkan anda memantau keadaan dalam rumah menerusi aplikasi dalam talian. Anda boleh memantau menggunakan telefon bimbit saja.
  9. SURAT MENYURAT. Pastikan peti surat kosong atau sentiasa dikosongkan, boleh minta tolong jiran untuk membantu anda.
  10. PASANG LAMPU. Sama ada lampu tangga atau lampu satu daripada bilik tidur, agar nampak seperti ada orang di dalam.
itu sahaja lah yang dapat dikongsikan.Selain tu,korang bolehlah berpesan-pesan kepada jiran yang tak balik beraya,Dan tinggalkan alamat korang di Balai polis berhampiran untuk mereka tinjau keselamatan rumah korang nanti.

Barulah kita tenang nak bercuti kan.Harap sepanjang percutian kita ni,takdelah berlakunya insiden seperti tu...Sayang harta benda dalam rumah tu.

6 Comments



  1. Replies
    1. thanks,kena ada peringatan ni untuk sesama sendiri

      Delete
  2. moga rumah kita selamat bila ditinggalkan. doa tinggalkan rumah jangan lupa & amalkan, moga terhindar dari anasir jahat
    JanjiKita

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju jugak tu mar,ada petua lama untuk tinggalkan rumah kan

      Delete
  3. saya je yang tak balik kampung..hehehe

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum eda...tips perkongsian yg baik...
    ** Mama Maszull

    ReplyDelete

Post a Comment