Kembara Blogger Johor Part 3 | Legoland and Hello Kitty Town

Assalamualaikum
Hai korang☺☺ Masih lagi di dalam entry kesinambungan Kembara Blogger Johor anjuran Torusim Johor dan MITA.

Actually ini adalah tempat yang kami pergi selepas Ekspo Johor Berkemajuan.Mula-mula kami singgah di Legoland.Alhamdulillah cuaca pada hari tu walaupun sedikit hujan,tidak mematahkan semangat kami untuk terus mengeksplor Legoland ni.Memandangkan aku pernah beberapa kali ke sana,jadi aku dan beberapa blogger yang pernah ke sini,ambil peluang sikitlah untuk berehat sambil update Socmed kami pada hari tu.
hello kitty town
Oh ya,kalau korang nak tahu pasal Legoland ni,bolehla korang tengok entry Legoland di bawah ni ye.Legoland adalah salah satu tumpuan pelancong yang datang ke Negeri Johor tau setakat ni.So,sangat rugi kalau korang tak kesana

So kalau korang sempat boleh la terjah entry-entry di atas untuk lawatan..keh..keh.

hello kitty town

Selepas pada keluar dari Legoland,destinasi berikutnya adalah Hello Kitty Town.Kira tempat ni The most popular untuk para pelancong tau.Tempat yang harus dilawati di Johor dan Ia dikenali sebagai Sanrio Hello Kitty Town yang terletak di Puteri Harbour,Iskandar Johor.



Kepada korang yang tak tahu ke mana hendak membawa anak-anak di musim cuti persekolahan,memang recommended ke sini.Banyak tau aktiviti yang korang boleh dapati disini.
Sanrio Hello Kitty Town mempunyai 3 level untuk korang menikmati keriangan berganda tau.Bukan sahaja korang dengan Hello kitty malah korang boleh juga berjumpa dengan beberapa Characters yang membuatkan anak-anak teruja.Ok.aku akan cerita apa yang ada disetiap level Sanrio Hello Kitty Town ini

Level 1
  • Cinnamomorll Cafe
  • Purrfect Stage
  • Wishlist Studio
  • Tea cup Ride
  • Kawaii Photo center
  • Dream Photo Garden
  • Kitty's House
  • Friendship Land
  • Hello Kitty in OZ



Level 2
  • Angelina's Dance Studio
  • Bob's can-Do-Crew & 3D Bricks
  • Bob The Builder Play Structure
  • Pingu's Igloo
  • Barney's Playhouse & Maze
  • Barney's Yard
  • Fun Room 1
  • Fun Room 2
  • Activity Zone





hello kitty town

Level 3 (Thomas Town)
  • Harold's Buffer Stemies & Thomas Diesels Ride
  • Bertie the bus
  • Knapford Station Thomas Train Ride
  • Sodor Playground
  • Windmill Ride
  • Mc Bunn Cafe
  • Coline Crane Drop Ride
  • Wellsworth Station


mak-mak yang merasai nikmat alam kanak-kanak..serius seronok


Hah..Korang pilih lah mana satu level korang nak pergi.Paling best of courselah Hello Kitty Town.Korang akan di bawa ke alam fantasi tau..uihh...seronok sangat-sangat.

Kalau korang pergi pada Weekday,korang bolehlah Meet and Greet Hello Kitty,My Melody dan juga Bad Batz-Maru..Tapi ada lah schedule yang dah ditetapkan tau.

last but not least..bergambar kenangan dengan Hello Kitty Characters


Jangan risau,dalam ni ada beberapa cafe imaginasi yang boleh korang pergi.Jadi tak risau kalau anak kelaparan.

Syok tau masuk cafe diorang ni...semua ada gambar Hello kitty.

Satu lagi kalau korang nak beli sourvenier Hello kitty,bersebelahan je dengan Cafe ni.Rambang mata tau tengok ni
 Rambang mata
mak-mak muka happy keluar dari Hello Kitty



So kalau korang yang berminat untuk datang ke Sanrio Hello Kitty ni,bolehla tengok alamat dan website yang diberikan di bawah



Alamat:
 Sanrio Hello Kitty Town
Persiaran Puteri Selatan, Puteri Harbour
79000 Iskandar Puteri
 Johor, Malaysia.
1300-88-326459
Ticketing:  www.puteriharbour.com
FB: Sanrio Hello Kitty Town
IG: sanriohellokittytown
*Di buka setiap hari dari 10 pagi hingga 6 petang.*






4 Comments



Post a Comment