Cara Dapatkan Tong Sampah Hijau SWM

Assalamualaikum
Hai korang☺☺Kalau ikutkan tong sampah hijau tu,aku boleh ambil di MPPG masa mula-mula taman ni dibuka.Tetapi memandangkan aku lambat berpindah ke rumah baru,so MPPG dah serah semula ke SWM Environment  Sdn Bhd.


So,disebabkan itu aku hanya menggunakan tong sampah hitam yang biasa tu je.And sebulan sebelum mendapatkan tong sampah hijau tu,penutup tong sampah hitam ghaib entah kemana.So,bila tong sampah tu terbuka,maka anjing liar di sekitar kawasan aku ni,mula menggongong sampah.Dan bermulalah aktiviti aku setiap pagi mengemas semula sampah-sampah yang terkeluar. Dah lama aku bising dengan husband pasal tong sampah ni.Tapi dia belum ada masa nak pergi ke sana.
Nak suruh aku pergi ke SWM tu,payahnya dengan anak ni hah..Kang lain pulak jadinya.So bila dah tak tahan sangat dengan bau dan lalat yang banyak,So kami decide selepas bercuti di Melaka,Balik tu terus singgah SWM untuk mendapatkan Tong sampah tu.
Cara nak dapatkan tong sampah hijau ni senang je sebenarnya.Cuma ambil masa kitalah untuk ke sana dan nak bawa balik ke rumah.

Cara dapatkan Tong Sampah Hijau SWM
Kalau korang confuse jalan ke sana,bukak je Waze,walaupun alamat je macam kat belakang pasar borong pandan, tapi sebenarnya tidak..Senang cerita dia berdekatan dengan Sekolah Menengah Majidee tak silap aku.Nanti aku akan letakkan alamat di bawah ni ye.


Cara dapatkan Tong Sampah Hijau SWM
Dah selamat pun mengambil tong sampah SWM ni hah
Sorry ,husband dah warning jangan masuk gambar dia dalam blog..hehehe...Bukan dia marah tapi dia malu...


Pergi ke Pejabat SWM Environment Sdn Bhd dan bawa sekali bil api/air dan kad pengenalan.Di Kaunter sana,korang kena isi satu borang untuk mendapatkan tong sampah ni.Tak perlu bayar apa-apa untuk urusan pengambilan Tong sampah hijau ni.


Tak tunggu lama pun,tapi masa tu aku tak ikut naik ke pejabat tu pun,just tunggu dalam kereta memandangkan Naura tengah tidur.Memang besar lah kan tong sampah tu,tapi muatlah bila letak belakang kereta.Berhimpit sedikit tak mengapa,asalkan tong sampah di bawa balik dengan selamat.
Cara dapatkan Tong Sampah Hijau SWM
Muatkan jugaklah walaupun sempit kat belakang tu.

Hah..Puas hati dah bila dah dapat  tong sampah ni.Macam dapat jongkong emas tau.Jadi lepas ni dah tak risau dan takde extra kerja lagi nak buat.Kalau hilang jugak tak taulah aku nak cakap.

So korang yang nak dapatkan tong sampah hijau ni,boleh terus ke SWM Environment seperti alamat di bawah ni

SWM Environment Sdn Bhd
No.6 ,Jalan Kangkar Tebrau
Kawasan Kg Sri Purnama
Johor Bahru
Tel : 07-335-6000


Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

15 Comments



  1. assalamualaikum eda...memang susah kalau guna tong sampah yg lama tu...dulu masa mama dah dpt tong sampah hijau ni tapi masih guna tong sampah lama tu last2 pekerja swm angkat jer terus tong sampah hitam mama tu...buat lawak jer kn...marah agaknya dah bagi tong sampah besar tapi gunakan yg hitam tu juga...redha jugalah guna tong sampah hijau ni...kononnya tak nak kotor last2 terpaksa juga gunakan....hahahhaa...
    ** Mama Maszull

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah mama,memang dia marah..last tong sampah hitam kita tu takde penutup,dia terus taknak ambil sampah tu.Masalahnya orang dia jugak yang hilangkan penutup tu..emmm..sabau je ler

      Delete
  2. Somi takut glemer nanti 😬

    ReplyDelete
  3. oh kena amik sendiri tong sampah ekkk baru tau

    ReplyDelete
  4. kena bayar dan isi borang ke??cemana proses dia?

    ReplyDelete
  5. boleh erk amik tong sampah free..hehe

    ReplyDelete
  6. bagaimana kalau rumah sewa kami tiada tong sampah hijau ye? padehal jiran-jiran ada je tong sampah hijau masing2.

    ReplyDelete
  7. Umah sewa sy xda tong ni..boleh ke sy wakil tuan umah utk amek??tq

    ReplyDelete
  8. Kalau x request tong smpah hijau jd cane? Kang tak agkut lak tong smpah ni satgi..huhu

    ReplyDelete
  9. Boleh hubungi no lagi satu 073345598. Masa saya kol dia suruh kol no ni

    ReplyDelete

Post a Comment