Cara Melakukan Solat Gerhana Bulan

Assalamualaikum
Hai korang,Bagi umat Islam semestinya sudah mengetahui bahawa Fenomena Gerhana Bulan Penuh akan berlaku pada hari Rabu,malam Khamis iaitu pada 14 malam 15 Jamadil Awwal 1439H bersamaan 31 Januari 2018.

Sehubungan dengan itu,Solat sunat Gerhana akan bermula pada jam 9.33 malam ini.So,marilah sama-sama kita melakukan Solat Sunat Gerhana Bulan.Pada yang masih ragu-ragu dan tidak tau cara melakukan solat Gerhana Bulan boleh ikuti seperti di bawah ini


SOLAT GERHANA BULAN


Cara buat solat Gerhana Bulan adalah seperti berikut

Rakaat Pertama - Lafat Niat Solat Gerhana bulan
1.Sahaja aku Solat sunat Gerhana bulan dua rakaa'at menjadi imam/makmum kerana Allah Ta'ala.
2.Takbiratul Ihram(serta Niat)
3.Membaca doa iftitah
4.Membaca surah al-Fatihah
5.Membaca surah Al-Kafirun
6.Ruku'
7.Iktidal
8.Membaca surah Al-Fatihah
9.Membaca surah Al-Ikhlas
10.Ruku'
11.Iktidal
12.Sujud
13.Duduk antara dua sujud
14.Sujud Kedua


RAKAAT KEDUA
1.Membaca Surah A;-fatihah
2.Membaca Surah Al-Falaq
3.Ruku'
4.Iktidal
5.Membaca Surah Al-Fatihah
6.Membaca Surah An-Nas
7.Ruku'
8.Iktidal
9.Sujud
10.Duduk antara dua sujud
11.Sujud Kedua
12.Duduk tahiyat akhir
13.Memberi salam



Selepas itu khatib akan membacakan Khutbah.Dan dalam pada itu,kita perlu perbanyakkan istighfar.
Solat sunat hendaklah dilakukan apabila berlakunya gerhana dan tamat masa olat gerhana setelah gerhana hilang dari pandangan.



Hukum mengerjakannya SUNAT MUAKKAD dan SUNAT dikerjakan dengan cara berjemaah.
Dibacakan "Assolatul Jamiah sebagai ganti Iqamah.
Sumber : Petikan daripada buku panduan Solat Gerhana Bulan 
Jabatan Agama Islam Negeri Johor

MAKLUMAT GERHANA BULAN PENUH 

Detik - detik Gerhana Bulan penuh :
7:50 Petang       :       Bulan mula memasuki bayang gelap bumi
8:22 Malam        :       Gerhana bulan dengan kadar 50%
8:53 Malam        :       Gerhana bulan dengan kadar 100%
9:33 Malam        :        Kemuncak gerhana bulan penuh
10:28 Malam      :        Bulan mula keluar dari bayang gelap bumi
11:10 Malam      :        Bulan telah keluar sepenuhnya dari bayang gelap bumi
Sumber : Pejabat Mufti Negeri Johor.

Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

6 Comments



Post a Comment