Festival Layang-layang 2018 -28 Februari - 4 mac 2018

Assalamualaikum
Festival Layang-layang ke 23 tahun 2018 .Hah..ni pastinya buat korang tertunggu-tunggu kan.Sebab apa,Festival Layang-layang Sedunia Pasir Gudang akan di adakan setiap tahun pada bulan Mac tau.Dalam Festival ini penyertaan dari seluruh Negara mempamerkan kehebatan dalam menaikkan layang-layang dengan pelbagai saiz dan design mereka tersendiri.




Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang merupakan salah satu acara pelancongan anjuran Kerajaan Negeri Johor melalui Majlis Perbandaran Pasir Gudang dengan kerjasama,Tourism Johor,Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan Malaysia,Kementerian Majlis Pelayang Malaysia dan Persatuan Pelayang Johor.Festival Layang-layang ke 23 ini akan diadakan pada 28 Februari - 4 mac 2018


Festival Layang-layang 2018 -28 Februari - 4 mac 2018
Festival yang berwarna-warni adalah salah satu acara utama di dalam Kalender Pelancongan Negeri Johor .Festival tahun ini turut mengekalkan kolaborasi antara dua penganjur di Satun,Thailand dan di Pasir Gudang.
  • Festicval Layang-Layang Antarabangsa Satun,Thailand ke 38 pada 23-26 februari 2018
  • Festival Layang-Layang sedunia Pasir Gudang ke 23 pada 28 Februari -4 mac 2018
Festival Layang-layang 2018 -28 Februari - 4 mac 2018

ACARA-ACARA MENARIK FESTIVAL LAYANG-LAYANG 2018

  • Persembahan pelbagai bentuk layang-layang bersaiz besar dan sederhana oleh peserta antarabangsa daripada lebih 40 buah negara seluruh dunia dan peserta Kebangsaan seluruh Negara.
  • Pertandingan Layang-layang peringkat kebangsaan,peringkat Sekolah-sekolah ASEAN,sektor korporat dan kategori Pihak Berkuasa Tempatan Johor.
  • Pameran dan bengkel layang-layang awam oleh peserta antarabangsa dan tempatan.
  • Pertandingan membuat Wau Tradisional peringkat kebangsaan,Sekolah danPihak Perkuasa Tempatan Johor.
  • Persembahan "Lollypop Drop" oleh peserta antarabangsa dan tempatan.
  • Pertunjukkan menggunakan buggy dengan layang-layang.
  • Pertandingan "Malay Kite" Terbuka laga di Udara.
  • Pertandingan Layang-layang ciptaan kreatif 3D terbuka.
  • Pertandingan Rokkaku Korporat.
  • Pertandingan layang-layang ciptaan kreatif peringkat IPTA/IPTS Pasir Gudang.
  • Persembahan kebudayaan dan artis jemputan.
  • Pertandingan melukis dan mewarna.
  • Kempen kesihatan dan derma darah.
  • Ekspo Pelancongan dan Kraftangan.
  • Persembahan Eco World Symphony Drummers dan Eco World Choir(Majlis Perasmian).
  • Persembahan layang-layang bercahaya waktu malam daripada wakil komuniti 24 zon Pasir Gudang (Majlis Perasmian)
  • Persembahan Bunga Api(Majlis Perasmian)



Banyakkan aktiviti yang best-best kat sana.Bukan setakat aktiviti macam ni.pelbagai jualan makanan dan minuman serta baju dan tudung pun banyak di jual disini.Lebih seratus booth yang tersedia di sini..

Info Sini


Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

29 Comments



  1. bestnya..cikyan xpernah pegi...bestnya kalau dpt pegi sana..

    ReplyDelete
  2. best ni bila blh bawa anak2... dpt diorg belajar macam2 jenis layang

    ReplyDelete
  3. Best ya ada macam-macam aktiviti, kalau dekat boleh juga datang sana..

    ReplyDelete
  4. nice sharing kekda.. lama tak jenguk pasir gudang.hehe

    ReplyDelete
  5. Teringin nak join pesta layang2 ni. Tp tu lah jauh. Tgk je lah dkt tv kalau ada.hehe

    ReplyDelete
  6. kalau dekat dah pergi dah nih
    hehehe
    saya suka tengok layang2 besar
    selalu kalau pesta layang2 mesti ada

    ReplyDelete
  7. wah bestnya..seronok ada festival layang layang mcm ni.happening sbb kita boleh tgk pelbagai jenis layang layang yg ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang berjualan tu pun happening jugak..hehehe

      Delete
  8. rindunya nak pergi festival ni. dulu ida duduk dekat bandar baru seri alam selalu pergi sini time kecik kecik hmm

    ReplyDelete
  9. Marsha suka festival macam ni. Cantik betul layang-layang yang ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..tapi tahun ni tak taulah dpat pegi ke tak...full park lah

      Delete
  10. Kalau dapat peluang nak pergi festival ini. Famous tau festival ni.

    www.liahasty.com

    ReplyDelete
  11. kawan kita ada yang berniaga air kt sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau gi tempat dia dapat diskaun tak..hehehe

      Delete
  12. Suka tengok layang-layang terbang tinggi di awan, tapi nak naikkan bkn senang dan bergantung pd angin juga

    ReplyDelete
  13. Menarik ni. Boleh temgok bermacam-macam jenis layang-layang ☺

    ReplyDelete
  14. Confirm meriah ni.bawak bdk2 best. Boleh belajar cara main layang2...

    ReplyDelete
  15. Alahai..jauh la pulak..kalau dekat confirm Sal dah bawak anak² pegi..sure dyorang suka

    ReplyDelete
  16. wah bestnya.. rindu time kecik2 dlu :(

    ReplyDelete

Post a Comment