Ketahui 4 Bahagian Ciuman pada Anak

Assalamualaikum
Hai korang☺☺ Orang kata masa anak kecillah kita kena belai dan cium mereka sepuas-puasnya.Esok-esok kalau diorang dah besar panjang,nak cium payah pulak kan.

Ciuman ni antara satu cara untuk kita tunjukkan kasih sayang kita pada anak-anak.Dengan ciuman ni jugak kita sebenarnya merapatkan lagi hubungan kita dengan anak-anak.Anak kita tahu yang kita sayangkan dia.Bukan sekadar ciuman je tau,sentuhan tu juga penting kerana dengan ciuman dan sentuhan pada anak,anak akan lebih lembut dan mendengar kata.Kekerasan pada anak bukanlah salah satu cara untuk kita mendidik mereka.
Related image
source: google

Kalau korang perasan kan,bila anak kita jatuh dan benjol sambil menangis-nangis,automatik kita akan gosok dan cium di tempat yang benjol tu kan.Dan serta merta jugak anak kita akan tenang dan berkurangan sakitnya kan.Itulah orang kata keajaiban sentuhan dan ciuman

Tetapi mak ayah wajib tahu 4 tempat ciuman yang kita kena tahu untuk memberikan kesan kepada anak kita.Dikarangkraf,En Taufiq Razif ada kongsikan kepada kita 4 tempat ciuman yang perlu kita lakukan terhadap anak


Ketahui 4 Bahagian Ciuman pada Anak


1.Ciuman di kepala adalah CIUMAN KEBANGGAAN,Bila kita rasa bangga dengan pencapaian anak kita,contohnya anak Skor A dalam peperiksaan mereka,so cepat-cepat kita cium bahagian tengah kepala anak kita.

2.Ciuman di dahi adalah tanda kita REDHA.Bila anak kita buat sesuatu yang buat kita rasa redha dan ikhlas pada anak kita,dahi adalah tempat terbaik untuk kita cium.

3.Ciuman di pipi adalah ciuman RINDU.Bila ambil anak daripada taska atau bila anak baru balik dari sekolah,tempat terbaik nak cium adalah pipi.Kadangkala tu kalau rindu sangat gomol je pipi pau anak kita tu.

4.Cium kat tangan adalah bila kita rasa KASIH sangat kat anak kita.Ciuman di tangan ni istimewa sangat sebab tu kita kena ajar naka kita cium tangan kita.Ramai budak-budak bukan cum tangan tapi sujud kat tanan orang tua.Salah tu.

Bersalam kena guna bibir atau hidung.Bukan dahi.Kalau pak Arab mesti dia tegur kalau budak-budak guna dahi masa bersalaman.Katanya dia tu tanda sembah,bukan tanda hormat.

Selain itu,cara kita menggosok anak kita.kan selalu kalau anak nangis ke ,merajuk ke,selalu kan kita gosok belakang dia.Tapi sebenarnya ada cara yang betul menggosok ni.Sama jugak dengan 4 bahagian ciuman cuma untuk ni,ada tambah 2 lagi tempat tau.

1. Gosok di babelakang leher kalau anak-anak nampak risau atau tak tenteram.
2.Gosok di dada sangat mujarab untuk kurangkan kenakalan anak-anak.Sambil gosok tu mak ayah boleh cuba selawat atau baca surah-surah pendek seperti al fatihah atau ayat kursi.

PANTANG LARANG CIUMAN

Jangan sesekali cium anak di bahagian bibir,Memang nampak kiut,tapi bibir sebenarnya dikhususkan untuk pasangan halal kita sahaja.Bibir adalah tempat yang penuh dengan reseptor yang membuatkan tempat tu jadi supersensitif.
Dikhuatiri juga boleh membangkitkan nafsu syahwat.Anak pun mudah keliru bila umurnya meningkat ke 5-6 tahun nanti.So,sebab tu kita tak boleh amalkan cium mulut.
perkongsian dari karangkraf.com


So,kita kena wajib tahu tempat-tempat ciuman untuk anak.Perkongsian ni adalah untuk peringatan untuk diri sendiri juga.Sebagai ibu,aku sentiasa mencari ilmu untuk menjadi ibu yang terbaik kepada Naura dan Awfiyah


Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

18 Comments



  1. Selalu cium dahi dan pipi anak..yg mulut tuh cium juga tapi amsa baby lah..dah besar takdelah cium mulut..

    ReplyDelete
  2. yups
    cium pipi dengan dahi memang bagus diamalkan

    ReplyDelete
  3. Wahh baru tau fungsi2 bahagian ciuman ni. Sebelum ni ada terbaca jugak tak digalakkan cium anak bahagian bbir tapi tak pasti sebab apa now baru jelas

    ReplyDelete
    Replies
    1. emmm..tulah...saya pun kalau tak baca pasal ni tak tau...

      Delete
  4. ada orang tua cakap jangan cium kat tangan takut budak senang meminta-minta.

    ReplyDelete
  5. Nice sharing kekda..memang tetiap pagi amalkan cium pipi dgn dahi tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan juju...paling best pepagi cium mulut baby...hehehe

      Delete
  6. Syafi kalau boleh setiap jam minta cium. Ada turutuan. Pipi kanan, pipi kiri, dahi dan akhir hidung

    ReplyDelete
    Replies
    1. cutelah si syafi tu...tapi cara tu boleh buat hubungan anak dengan mak lebih akrab..

      Delete
  7. Tips yang bagus ni. Nanti Marsha nak amalkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks marsha...insyallah..sama² kita amalkan ye

      Delete
  8. baru tahu pasal ciuman untuk anak-anak ni. menarik nya. boleh cuba.

    www.liahasty.com

    ReplyDelete
  9. Good sharing, baru tahu pasal ciuman untuk anak-anak kita. Kak Sue sampai anak besar panjang pun cium lagi anak-anak, dah terbiasa dari kecik..

    ReplyDelete
  10. Owhhhh... Baru tahu. Thanks for sharing.

    ReplyDelete
  11. hahaha cium pun banyak jenis. hehehe cium suami ada kategori tak hahahha

    ReplyDelete

Post a Comment