Assalamualaikum
MADU KELULUT UNTUK KESIHATAN DAN KECANTIKKAN| Ramai yang dah tau kan tentang kebaikkan madu kelulut ni.Cuma di pasaran sekarang ni,kita kena betul-betul pastikan yang dibeli adalah madu kelulut asli dan tiada tambahan gula.
Madu kelulut ni tak sama dengan madu lebah kerana madu kelulut rasanya sedikit masam dan berwarna cerah.Kelulut ni berasal dari keluarga lebah juga cumanya ia lebih kecil dan tiada sengat.Kelulut menghasilkan propolis dan madu yang kaya dengan antioksidannya.
PROPOLIS berfungsi sebagai antikulat,antifungus,antibakteria dan antiradang yang biasanya digunakan sebgai bahan aktif dalam kosmetik,krim dan tablet.
So,bila aku terima Madu ni dari kawan aku,aku cuba untuk rasa sebab ramai yang kata madu yang dijual memang asli.Aku tak berapa sure macam mana nak tentukan madu tu asli atau tidak.Tapi bila letak lama dalam peti ais,madu tu takdelah keras dan terdapat gelangan propolis di atas madu tu.Itu jelah yang aku nampak.Madu kelulut ni banyak manfaatnya.Jom kita tengok apa manfaat madu ni
MANFAAT MADU KELULUT
- mencegah serangan strok
- Meningkatkan daya tahan tubuh
- Melancarkan Peredaran darah
- Memperkuatkan fungsi otak dan jantung
- Meningkatkan pengeluaran hormon
- Mengendurkan urat-urat yang tegang
- Memperbaiki sel tubuh yang rosak
- Menghilangkan rasa letih,meningkatkan metabolisme badan.
- Boleh dinikmati oleh pesakit diabetes
- Meningkatkan kecerdasan anak
- Membantu masa penyembuhan selepas pembedahan
- Membantu penyembuhan luka diabetes
- Mengurangkan Resdung
- Merawat batuk,selsema dan sakit kerongkong
- Mengurangkan lelah/asma
- Melancarkan pernafasan
- Merendahkan tahap kandungan gula dalam darah
- Membantu menurunkan tahap tekanan darah
- Mencegah pembentukan batu karang.
KEBAIKAN MADU KELULUT UNTUK KECANTIKAN
MELEMBUTKAN KULIT
Madu ialah bahan pelembut kulit yang berkesan .Ia perlu di sapu di bahagian kering seperti siku,tangan dan dibiarkan selama 30 minit sebelum dibersihkan.Nak cantik kenalah buatkan
PELEMBUT RAMBUT
Madu adalah pelembut rambut yang asli.Cara untuk menggunakannya adalah mencampurkan 1 sudu teh ke dalam syampu yang kita gunakan.Ia amat sesuai untuk merawat rambut yang kusut dan rosak.
BAHAN UNTUK MANDI BUNGA
Caranya dengan membancuh 2 sudu makan madu bersama dengan 1 cawan air suam.Selepas 10 minit,apabila madu sudah larut sepenuhnya,tuangkan ia ke dalam air mandian bersama dengan beberapa titik minyak pati lavender.
MENGHILANGKAN JERAWAT
Lumur sedikit madu pada jerawat dan tutup dengan Band Aid.Tanggalkan selepas 30 minit
SEBAGAI PEMBERSIH MUKA
Lumurkan campuran 2 sudu makan dan 2 sudu makan susu ke muka.Biarkan dan bersihkan selepas 10 minit
KEBAIKAN MADU KELULUT UNTUK KESIHATAN
MENYEGARKAN BADAN DI WAKTU PAGI
Ambil beberapa sudu madu(difahamkan ia kaya dengan fruktos) di waktu pagi
PENYEMBUH LUKA
Luka dan kesan terbakar.Sapu di tempat ang terkena.Ini kerana madu bertindak sebagai bahan antiseptik yang amat mujarab.
SAKIT TEKAK DAN BATUK
Ambil campuran air limau nipis/lemon dan madu adalah sangat berkesan untuk merawat sakit tekak dan batuk.
MEMBASMI PARASIT
Ambil campuran madu,cuka dan air pada kadar yang sama.Ia sesuai untuk membunuh parasit dalam sistem perkumuhan
Hah..korang sendiri dah baca kan tentang kebaikkan Madu kelulut ni.So,kalau korang nak dapatkan Madu Kelulut yang asli tanpa campuran apa-apa ni,korang boleh dapati Madu Kelulut Asli keluaran JANNAHTUL AINI AGROFARM
Untuk pembelian korang boleh terus ke tekan link whatssap ni http://www.wasap.my/+60127550769/Madukelulutasli
atau pembelian di Shopee
https://shopee.com.my/puanzieyan
Agak sukar juga nak dapat madu kelulut atau madu lebah asli..sebab itu juga mungkin khasiatnya sukar dirasai.Sesekali PC makan madu sama ada makan terus atau campur dengan air suam..
ReplyDeleteselalunya orang kata,kalau madu lebah,kena campur air sebab panas.Tapi lain pulak dengan madu kelulut.Tak perlu tambah air..
Deletemadu kelulut ni memang susah nak jumpa
ReplyDeletebetul tu aisyah
DeleteTak sabar nak mencubanya.. Suami aku pun suka ko bila aku kata ada madu ni..kalau bagus da nak beli lagi nanti..
ReplyDeletewah...nanti boleh repeat beli lagi..hahaha
Deletebagus amal makan madu ni sis
ReplyDeletekan sheila...tu yang amalkan ni
Deletehari tu sempat tengok kat tv3 cara2 diorang dapatkan madu kelulut ni..memang susah rupanya nak dapatkan, dan berisiko tinggi...
ReplyDeletesebab tu harganya mahal berbanding madu biasa
DeleteDulu2 selalu jugak minum madu.lepas tu lama dah tinggalkan madu ni.banyak khasiat madu ni.
ReplyDeleteakak pun kekadang minum,kadang tak..
DeleteDulu dekat kampung ada jiran yang ternak kelulut ni sebab nak dapatkan madu dia. Waktu tu tak faham kenapa diaorang bela kelulut. 2 3 tahun lepas bila orang mula bercakap pasal madu kelulut ni baru faham kenapa
ReplyDeleteBanyak betul khasiat madu ni kan. Syira dulu rajin jugak minum madu sebab syira migrain. Kadang buat ubat batuk. Kalau tak buat ubat, guna utk masak hehe
ReplyDeleteseriously, aida ada sebotol kecil kat dapur.
ReplyDeletemadu kelulut jugak, tapi brand lain la.
abah beli kan. utk cucu2 nyer.
bukan setakat aida kasik cucu2 abah :) kalau perap ayam,instead of tabur gula, aida letak madu ni.
nice sgt.
amik madu sesudu, letak dlm air, perah lemon sket..fuh segar selepas minum..cuma nak cari madu yg btol2 ori tu yg mencabar, kebanyakan campur gula..nnt boleh try madu kelulut yg ni pula.
ReplyDeleteBanyak yer khasiat madu kelulut ni. Huda biasa makan yang bapa mertua kutip sendiri direct dari sarang madu kelulut ni kat rumah dia. Minum time sakit tekak, Alhamdulillah memang cepat sembuh
ReplyDeleteFatin anak sy suka madu stik.. dekat asrama saya bekalkan dia madu stik tu.. madu kelulut ni tak pernah cuba, nampak menarik nanti bolehlah beli,
ReplyDeleteMemang bukan senang nak cari madu kelulut ni nak nak yang betul betul asli. Madu memang banyak khasiatnya dari segi kesihatan mahupun kecantikan.betul tak?
ReplyDeletemadu kelulut ni rasanya agak masam sikit kan...tapi klu beli yang asli mmg agak mahal sebab ianya agak rare..saya kebetulan jiran rumah mil mmg dia bela lebah kelulut ni untuk dapatkan madu selalu beli direct dengan dia
ReplyDeleteSaya suka banget minim.madu. ternyata manfaatx luar biasa banyaknya. Selain menyehatkan tubuh, juga bagus untuk meremajakan dan merawat kulit ua
ReplyDeleteTak tahu pula apa beza madu lebah biasa dan lebah kelulut. Yang pasti madu memang banyak khasiatnya untuk kesihatan kita kan.
ReplyDeleteBaguslah dapat makan madu setiap hari kan. Madu ni ada enzim yang membantu memelihara kesihatan kita dan di amalkan sendiri oleh ramai manusia di seluruh dunia
ReplyDeleteApa pun kelebihan dan kebaikan sesuatu produk sangat penting untuk kita ambil secara betul dan tidak berlebihan. Insyaallah hasilnya akan lebih baik
ReplyDeleteMadu kelulut ni memang susah nak dapat kann.. betul2.. madu jugak untuk kecantikkan. adik saya pakai pencuci muka yang berasaskan madu.. sesuai untuk jenis muka yang berjerawat jugakk
ReplyDeleteMadu ni mmg bagus kalau di amalkan..tapi kena yg asli..byk madu di pasaran dh tak asli byk campuran. Cuma yg asli ni mahal le sikit..hehehe
ReplyDeleteDekat kampung sy ada yang mengusahakan industri ni secara kecil-kecilan. Kelulut memang baik untuk kesihatan. Kalau nak original kena beli dari pengusaha tu secara langsung, sebab biasanya kelulut yg dijual dipasar-pasa banyak yg tiruan.
ReplyDeleteBanyak manfaat Madu kelulut ni. Cuma kita la tak tau jenis Madu dan apa beza rasa dengan Madu lain kan? Dulu beli Madu main beli je. Sekarang bapa mertua pengusaha Madu kelulut, baru ruby tau apa beza rasa dengan Madu lain. Malah boleh tahu sama ada ia ditambah gula atau tidak. Tu yang kena tengok bebetul. Madu ni mahal tau.
ReplyDeleteMadu kelulut dah mula mendapat tempat dalam masyarakat kita kan.Lagipun lebah kelulut tak menyengat macam kawannya. Mudah lagi nak bela
ReplyDeletePost a Comment